Model Yamaha Niken sudah cukup ranggi sekali, dan ia bertambah ranggi apabila sebuah bengkel di Australia melengkapkannya dengan turbo. Ia mampu menghasilkan 148hp, berbanding 115hp pada motosikal standard. Turut menyerikan pengubahsuaian motosikal ini adalah kemasan warna khusus.
Author: Zarul Faiz
HOG PJ (Harley Owners Group Petaling Jaya) telah menganjurkan “Safe Rider Skills Program” pertama mereka untuk tahun ini. Sekitar 20 orang ahli kelab HOG PJ dan marsyal telah menyertai program ini bagi meningkatkan lagi kemahiran menunggang mereka. Program latihan ini telah diketuai oleh ketua pelatih penunggangan teknikal PDRM Muar, ASP Mohd Hairuddin bin Mohd Raya.
Sesi FP2 bagi pusingan MotoGP Argentina 2019 telah menyaksikan 21 orang penunggang hanya dipisahkan dengan jarak masa satu saat. Andrea Dovizioso muncul terpantas dalam sesi ini. Jorge Lorenzo pula di tempat ke-21 dengan jarak masa 0.978 saat di belakang.
Gigi Dall”Igna dan Ducati telah mengadakan satu sidang akhbar bagi memberikan penjelasan mengenai winglet lengan ayun sebelum bermulanya hujung minggu MotoGP Argentina. Data mendedahkan yang alat tersebut menyejukkan tayar belakang dengan purata 7º dan memberikan daya ‘downforce’ yang boleh diabaikan serendah 300 gram. Dall’Igna turut menyatakan yang Ducati mendapat ilham dari penempias air buatan Yamaha.
Motosikal MV Agusta Dragster 800 RR America 2019 telah diperkenalkan bagi meraikan ulang tahun ke-25 model Brutale America. Sesuai dengan namanya itu, ia akan ditampilkan dalam skema warna merah, putih, dan biru. Hanya 200 buah unit akan dibina.
Sebuah syarikat dari Jepun, A.L.I. Technologies sedang dalam perancangan untuk memasarkan motosikal terbang keluaran mereka menjelang tahun 2022. Kenderaan ini dibangunkan bagi memudahkan perjalanan di negara yang membangun dengan jalan raya yang teruk. Syarikat ini merancang untuk memperkenalkan model edisi terhad menjelang lewat tahun hadapan.
Motosikal konsep Aprilia “RS660” mungkin bakal diperkenalkan sebagai model tahun 2020. Enjinnya mungkin akan diambil dari motosikal superbike RSV4, tanpa dua silinder belakangnya. Diharapkan yang ia muncul dengan tanda harga yang amat berdaya saing.
Model Royal Enfield Bullet 350 Trials dan Royal Enfield Bullet 500 Trials telah dilancarkan. Pelancarannya itu adalah susulan kepada video teaser sebuah motosikal yang ditunggang secara ‘off-road’. Kedua-dua buah model ini berasaskan kepada model Bullet 350 dan Bullet 500, tetapi dengan beberapa buah perbezaan.