Membina motosikal buatan khas tidak semesti bermakna anda seharusnya ‘membogelkan’ motosikal kesayangan anda. Konsep ini telah didemonstrasi di sini oleh binaan BikeBiz ini, BMW R nineT Sun Kist. Satu pilihan yang menarik buat para pemilik BMW R nineT dan R NineT Racer.
Author: Zarul Faiz
Khabar angin telah mula tersebar mengatakan yang Ducati akan bekerjasama dengan HeroCorp. Para pengeluar yang lain telah mula menghasilkan model berkapasiti lebih kecil yang lebih mampu milik. Model dengan kapasiti yang lebih kecil akan menarik minat pasaran yang lebih besar di rantau Asia.
Agak mudah untuk kita lupa bahawa penunggang pro juga bermula dari asas. Setelah menguasai asas penunggangan, barulah mereka memupuk gaya penunggangan mereka yang tersendiri. Di sini kami senaraikan Sepuluh Tip Menunggang dari Sepuluh Penunggang Professional (Bahagian 1).
Motosikal superbike MondialMoto V5 2019 dikatakan bakal membuat kemunculan sulungnya pada penghujung tahun ini. Dengan pengalaman yang luas dalam perlumbaan motosikal, motosikal superbike generasi terbaru mereka itu akan dijana oleh sebuah enjin V5 1,000cc, 200hp. Tempahan telah dibuka sekarang bermula dari harga €27,995 hingga €35,995 (kira-kira RM130,084 hingga RM167,225).
Ramai penggemar GP motosikal sudah pasti masih ingat dengan Kevin Schwantz. Penunggang bernombor 34 dari Texas itu menjadi penunggang kegemaran ramai dengan sifat tidak pernah mengalahnya itu. Schwantz telah pun berada dalam AMA Hall of Fame dan akan dimasukkan ke dalam Motorsports Hall of Fame of America yang didiami oleh pelumba hebat dari pelbagai disiplin…
GB Workshop telah mengumumkan yang mereka telah bersedia untuk menerima kunjungan motosikal Aprilia bagi tujuan penyelenggaraan dan kerja membaiki. Bengkel berkenaan telah dilengkapi dengan peralatan terkini termasuklah “Piaggio Advanced Diagnostics System”. Bengkel ini dikendalikan dan adalah milik Didi Resources Sdn. Bhd., pengimport dan pengedar Aprilia di Malaysia.
Kita sebagai para penunggang motosikal telah sedia maklum buat sekian lama bahawa pertembungan dengan papan tanda besi boleh mengakibatkan kecederaan yang serius atau pun kemalangan jiwa. PBB dan Kesatuan Eropah telah mengesyorkan yang papan tanda buatan besi dan penghadang dibuang. Negara Jerman menerajui usaha dengan menggantikan papan tanda buatan besi dengan buatan plastik.
Ducati telah mengumumkan bahawa akan ada lebih banyak model yang dijana oleh enjin V4. Enjin ini akan digarap dari enjin Desmosedici Stradale yang menjana motosikal Panigale V4. Enjin V4 baharu tersebut akan lebih ‘mampu milik’, menurut Ducati.
Barisan penunggang untuk pasukan SIC-Yamaha-Angel Nieto-MotoGP Team bagi musim 2019 telah pun disahkan. Mereka terdiri daripada Juara Dunia Moto2 2017, Franco Morbidelli, dan penunggang Moto2 semasa, Fabio Quartararo. Berita ini telah disahkan oleh Pengarah Urusan Yamaha Factory Racing, Lin Jarvis.