GB Workshop Kini Dibuka Untuk Semua Motosikal Aprilia Bagi Kerja Penyelenggaraan Dan Membaiki

  • GB Workshop telah mengumumkan yang mereka telah bersedia untuk menerima kunjungan motosikal Aprilia bagi tujuan penyelenggaraan dan kerja membaiki.
  • Bengkel berkenaan telah dilengkapi dengan peralatan terkini termasuklah “Piaggio Advanced Diagnostics System”.
  • Bengkel ini dikendalikan dan adalah milik Didi Resources Sdn. Bhd., pengimport dan pengedar Aprilia di Malaysia.

Pemilik Aprilia di Malaysia sudah boleh bergembira kerana kini mereka sudah ada bengkel yang berkemampuan untuk menangani segala keperluan penyelenggaraan jentera kesayangan mereka!

GB Workshop yang terletak di The Gasket Alley telah membuka pintunya buat ke semua motosikal Aprilia. Dalam satu pengumuman yang telah dibuat dalam laman Facebook oleh Ketua Jabatan Selepas Jualan, Idon Pang, GB Workshop telah pun dan akan meneruskan kerja penyelenggaraan dan membaiki mana-mana motosikal Aprilia, tidak kira baharu atau lama.

GB Workshop, yang merupakan hak milik Didi Resources Sdn. Bhd., yang baru-baru ini telah diumumkan sebagai pengimport dan pengedar baharu jenama Aprilia di Malaysia (TEKAN SINI untuk membaca pengumuman tersebut). Syarikat tersebut juga turut menguruskan urusan pengimportan dan pengedaran Harley-Davidson dan Moto Guzzi di Malaysia.

Bengkel tersebut telah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan diagnostik terkini, termasuklah satu sistem yang cukup penting, iaitu “Piaggio Advanced Diagnostics System”, yang mana ianya diperlukan bagi menyelenggara ke semua jentera Aprilia. Bukan itu sahaja, pasukan di GB Workshop juga telah dilatih dengan betul, dan juga mempunyai pengalaman bertahun lamanya dalam mengendalikan penyelenggaraan motosikal Aprilia. Idon Pang adalah bekas ketua jabatan selepas jualan sewaktu jenama tersebut di bawah pengurusan pengedar yang sebelumnya.

Jadi, dalam urusan menyelenggara motosikal Aprilia kesayangan anda, percayalah bahawa tiada bengkel lain yang lebih berkemampuan berbanding GB Workshop.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.