Ducati Akan Bekerjasama Dengan HeroCorp?

Hero HX250 – Sumber imej: HeroCorp

Khabar angin telah mula tersebar mengatakan yang Ducati akan bekerjasama dengan HeroCorp.
Para pengeluar yang lain telah mula menghasilkan model berkapasiti lebih kecil yang lebih mampu milik.
Model dengan kapasiti yang lebih kecil akan menarik minat pasaran yang lebih besar di rantau Asia.

Ducati sering kali menjadi subjek khabar angin baru-baru ini, termasuklah mengenai kenyataan VW berkenaan sama ada mereka patut meneruskan pelaburan atau menyahlabur kepentingan mereka dalam jenama tersebut. Kini, satu khabar angin yang baharu telah timbul mengatakan yang pengeluar dari Itali itu mungkin akan bekerjasama dengan HeroCorp.

VW Membayangkan Yang Mereka Akan Menjual Ducati (Sekali Lagi)?

Turut menyemarakkan lagi desas desus ini adalah kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, bahawa pengeluar dari Itali tersebut sedang membangunkan model janaan V4 yang lebih mampu dimiliki.

Ducati Sedang Membangunkan Jentera V4 Yang Lebih Murah?

Ducati adalah salah sebuah pengeluar jenama premium yang tidak mempunyai motosikal di bawah 400cc yang mampu milik dalam rangkaian mereka, selain daripada motosikal Scrambler Sixty2 (V-Twin, 400cc), di mana pengeluar lain telah mengambil inisiatif dalam menghasilkan motosikal berkapasiti lebih kecil untuk penggunaan pasaran yang semakin pesat, seperti di India dan juga di seluruh Asia Tenggara.

Ducati Scrambler Sixty2

KTM adalah pengeluar yang pertama bekerjasama dengan pengeluar dari India, iaitu Bajaj Auto Ltd., bagi membangunkan model Duke dan RC 125, 200, 250, dan 390 yang berkapasiti lebih kecil, dan menerima enjin bagi rangkaian 200cc Pulsar dan 400cc Dominar sebagai balasan.

KTM 390 Duke 2017 – “Are You DUKE Enough?”

Pengeluar lain, antaranya ilah Triumph Motorcycles Limited yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Bajaj bagi menerokai kemungkinan membangunkan motosikal 400cc pada masa yang akan datang. BMW telah bekerjasama dengan TVS bagi menghasilkan model G 310 R dan G 310 S yang cukup popular.

Tunggang Uji BMW G 310 GS

HeroCorp pada ketika ini merupakan pengeluar motosikal terbesar dunia dan tidak lagi asing dengan kerjasama dengan jenama-jenama lain, setelah bekerjasama dengan Honda dan Buell pada masa lalu, walaupun pengeluar dari India itu telah pun menghasilkan motosikal mereka sendiri.

Sekiranya Ducati dan HeroCorp bekerjasama, pengeluar dari Itali itu akan bertanggungjawab untuk kajian dan pembangunan, manakala HeroCorp akan mengilangkan motosikalnya.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]