Ducati Sedang Membangunkan Jentera V4 Yang Lebih Murah?

  • Ducati telah mengumumkan bahawa akan ada lebih banyak model yang dijana oleh enjin V4.
  • Enjin ini akan digarap dari enjin Desmosedici Stradale yang menjana motosikal Panigale V4.
  • Enjin V4 baharu tersebut akan lebih ‘mampu milik’, menurut Ducati.

Kemunculan model Ducati Panigale V4 telah menandakan satu anjakan paradigma bagi pengeluar dari Itali tersebut di mana mereka telah beralih dari tatarajah ‘V-Twin’ tradisional dan sinonim dengan pengeluar tersebut ke format ‘V-Four’ bagi menjana motosikal lumba keluaran mereka.

Hebat sangat ke Ducati Panigale V4 ni?

Bagaimana pun, di mana enjin Desmosedici Stradale V4 1,103cc hanya digunakan untuk motosikal Panigale V4 sahaja pada ketika ini, mereka akan menggarapkannya pada satu rangkaian motosikal janaan ‘V-Four’ yang baharu. Ducati mendakwa sebahagian daripada model berkenaan sebagai lebih ‘mampu milik’

Namun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan lebih murah di sini? Format ‘V-Four’ ini ternyata lebih kompleks (dan dengan itu, lebih mahal) berbanding ‘V-Twin’, mahu pun enjin ‘inline-Four’. Sudah pasti ada kompromi di sesuatu bahagian dan ianya mungkin sekali dari jenis bahan yang digunakan untuk membinanya, dan ini menjadikannya kurang berkuasa.

Pengeluar itu juga telah mengatakan bahawa model V4 seterusnya seharusnya merupakan sebuah versi “R” motosikal Panigale V4 yang berkapasiti lebih kecil. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, kita akan menyaksikan format V4 menjana model-model lain selain daripada motosikal Panigale pada masa yang akan datang.

“Akan ada lebih banyak lagi model-model baharu pada masa yang akan datang, kerana, kami fikir yang kami tidak mahu sekadar mengambil enjin ini dan menggunakannya seadanya. Motor baharu itu akan menjadi sebuah enjin yang berdasarkan teknologi ini tetapi akan lebih ditala untuk jarak perjalanan yang lebih jauh dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan di sinilah di mana kami akan menumpukan pembangunan kami. Ia akan mengambil masa kerana kami ingin melakukannya dengan betul-betul, namun, ke arah inilah yang akan kami tujui,” ujar Domenicali pada Motorcycle News.

Ini satu prospek yang cukup mengecurkan bibir. Adakah yang dimaksudkan itu sebuah Multistrada V4 atau Streetfighter V4?

Ducati Streetfighter V4 Bakal Muncul Tiba?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.