Ducati Streetfighter V4 Bakal Muncul Tiba?

  • Khabar angin yang sedang hangat diperkatakan di kalangan pakar permotoran adalah berkenaan Ducati yang bakal memperkenalkan model Ducati Streetfighter V4.
  • Model Ducati Streetfighter generasi berikutnya itu dikatakan akan dijana oleh enjin Desmosedici Stradale V4 1,103cc yang lunak merdu.
  • Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, persoalan mengenai model Ducati Streetfighter V4 ini lebih kepada bila ianya akan diperkenalkan.

Kami baru sahaja diberikan satu peluang keemasan untuk menunggang uji motosikal superbike V4 pengeluaran sepenuhnya yang pertama dari Ducati, iaitu Ducati V4 S 2018 (baca ulasan kami DI SINI). Walaupun berita mengenai motosikal Panigale generasi terkini ini masih lagi hangat diperkatakan, cerita mengenai versi streetfighter sudah pun mula tersebar.

Menurut satu artikel terbaru yang telah disiarkan oleh Asphalt & Rubber, cerita menarik ini telah dipertengahkan dan berita baiknya adalah ianya lebih kepada bila model Ducati Streetfighter V4 akan dilancarkan. Di mana pasaran semasa bagi jentera naked berprestasi tinggi semakin berkembang pesat, ianya masa yang tepat sekali buat Ducati untuk menghidupkan semula rangkaian Streefighter mereka.

Satu imej hasilan menggambarkan kebarangkalian rupa bentuk model Ducati Streetfighter V4 telah dihasilkan oleh pereka di Kardesign. Dengan ciri penggayaan yang diambil daripada model asal Streetfighter 1098, menerapkan reka bentuk kepada casis V4 ini sudah pasti menjadikannya lebih menggiurkan lagi.

Berdasarkan dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, mengenai penggunaan platform V4 baharu ini pada beberapa buah jentera berprestasi tinggi, mengetengahkan semula model Streetfighter ini pasti akan menarik minat ramai penggemar Ducati ke bilik pameran Ducati.

Model Ducati Streetfighter telah menarik ikutan yang tegar dengan peminat setia dan kelab ditubuhkan di seluruh dunia. Kelab peminatnya di Malaysia, Ducati Streetfighter Malaysia Owners Community, atau lebih dikenali sebagai “Streetfighterholics”, sudah pasti akan menyambut kemunculan model terbaharu ini dengan penuh gembiranya.

Walaupun Ducati sudah pun mempunyai rangkaian motosikal naked mereka dengan model Monster, model Streetfighter ini tampil dengan rupa paras yang lebih garang dan ganas yang pasti cocok sekali dengan enjin Desmosedici Stradale V4 1,103cc yang digunapakai dalam rangkaian Panigale V4.

Kami meramalkan sekiranya model Ducati Streetfighter janaan V4 ini wujud, ia pasti akan membuat kemunculannya lewat tahun ini sewaktu acara pertunjukan motosikal tahunan EICMA di Milan, Itali. Sama ada Streetfighter V4 atau sebuah Diavel V4. Atau mungkin sekali, sebuah model Multistrada V4? Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

10 greatest modern Ducati bikes ever

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.