Didi Resources, pengedar rasmi bagi jenama Aprilia dan Moto Guzzi, dan juga beberapa jenama yang lain, akan menganjurkan satu hari litar pada 9 September 2018. Akan ada dua kategori yang akan disediakan, satu untuk motosikal Aprilia dan satu lagi untuk motosikal moden klasik dalam kategori “Modclass”. Anda boleh menyewa sut perlumbaan di litar, namun, anda…
Author: Zarul Faiz
Ducati mungkin sekali akan merombak semula motosikal Hypermotard bagi tahun 2019. Ia pasti akan tampil sedia untuk piawaian emisi Euro5 yang akan dikuatkuasa bermula tahun 2020. Walaupun masih belum disahkan lagi, sudah ada desas desus mengatakan yang enjin baharunya akan dilengkapi dengan DVT (Desmodromic Variable Timing).
Modenas telah menganjurkan satu konvoi “Explore the Unexplored” Dominar bagi membolehkan para penunggang Dominar D400 merasai sendiri kehebatan elemen sport-tourer jentera tersebut. Tunggangan pertama ini adalah dari Kuala Lumpur menuju Ipoh. Konvoi ini telah berhenti di beberapa buah tempat tarikan ramai bagi membolehkan para penunggang untuk menangkap gambar bagi projek #motography.
Seorang Mat Rempit telah meninggal dunia manakala seorang ‘penonton’ telah mengalami kecederaan serius dalam satu perlumbaan haram. Pihak PDRM kini sedang memburu dua orang ‘pelumba’ yang lain. Video-video yang dipaparkan menunjukkan kemalangan dan keadaan sejurusnya.
Penunggang solo mengelilingi dunia, Henry Crew, kini sudah separuh jalan dalam perjalanannya untuk mencipta Rekod Dunia Guinness yang baharu sebagai penunggang paling muda mengelilingi dunia. Menunggang motosikal Ducati Desert Slednya, dia telah pun merentasi 18 buah negara dalam masa empat bulan yang lalu dan kini telah tiba di Malaysia. Henry Crew juga sedang dalam usaha…
Kerajaan akan membatalkan 3.1 juta saman AES (Automated Enforcement System). Keputusan ini seiringan dengan pengambilalihan operasi AES oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bermula 1 September 2018. Menteri Pengangkutan Anthony Loke menekankan yang ini adalah tawaran sekali sahaja.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah melancarkan “Kempen Kembara PDRM” di Kuala Lumpur tempoh hari. PDRM berharap yang acara ini akan mendekatkan mereka dengan orang ramai. Pihak polis memerlukan kerjasama orang ramai bagi memerangi jenayah.
Max Biaggi telah memenangi lima daripada enam kejuaraan dunianya dengan Aprilia. Juga dikenali dengan gelaran “The Roman Emperor”, dia merupakan salah seorang penunggang yang telah menjulang jenama tersebut, ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan mana-mana penunggang yang lain. Dan oleh kerana itu, jenama dari Itali tersebut telah melantiknya sebagai Duta Global mereka.
Siri perlumbaan FIM Enel MotoE World Cup yang diadakan julung kalinya buat motosikal elektrik akan bermula pada tahun 2019. Para penunggang akan menunggang motosikal elektrik Energica. Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menampilkan seorang penunggang.