Ana Carrasco telah menjuarai kejohanan World Supersport 300 (WorldSSP300) 2018. Dia menempah sejarah sebagai juara wanita pertama dalam sukan perlumbaan motosikal. Dia telah menggondoli kejohanan ini dengan beza hanya sebanyak satu mata dengan pencabar terdekatnya, Mika Perez.
Author: Zarul Faiz
Pesta penunggang terulung BMW Motorrad Malaysia – BMW Motorrad Nightfuel kini telah kembali. Untuk kali ini, ianya bakal diadakan di Puteri Harbour Front, Johor. Ada sumber-sumber yang membayangkan bahawa model F 850 GS bakal dilancarkan sewaktu acara ini.
Tiga Moto dengan jayanya telah menganjurkan DGR KL 2018 (Distinguished Gentleman’s Ride Kuala Lumpur) mereka untuk kali pertamanya. Lebih daripada 600 orang penunggang telah mendaftar untuk tunggangan ini di mana pelbagai jenis jentera moden klasik telah berkonvoi dari Dataran Merdeka menuju ke Muzium Negara. Konvoi bahagian Kuala Lumpur ini telah berjaya mengutip dana sehingga $6,543…
HOG PJ (Harley Owners Group Petaling Jaya) telah menganjurkan satu tunggangan ke Cameron Highlands pada hujung minggu yang lalu. Lebih daripada 40 orang peserta yang terdiri daripada 23 orang pemilik Harley telah menyertai konvoi untuk menikmati tiupan angin dingin jauh dari hiruk pikuk bandaraya. Akan ada lebih banyak konvoi yang akan dianjurkan dan HOG PJ…
Penunggang bagi pasukan Kawasaki, Jonathan Rea, telah mendominasi musim WorldSBK 2018 setakat ini. Dia telah memenangi perlumbaan ke-lapan berturut-turut di Litar Magny-Cours, Perancis. Kemenangan ini bermakna dia telah berjaya merangkul kejohanan musim ini dengan baki empat perlumbaan.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) dengan secara rasminya telah mempratontonkan model Kawasaki Z900RS Cafe 2018 di tanah air kita. Acara pratonton ini telah diadakan di The Gasket Alley PJ bersempena dengan acara Distinguished Gentleman’s Ride Kuala Lumpur 2018. KMSB telah menetapkan harga bagi motosikal Kawasaki Z900RS Cafe 2018 pada RM72,372 (harga saranan dengan 10% SST).
Pamah Garam Bonneville di Utah, Amerika Syarikat telah menjadi tapak di mana pelbagai rekod kelajuan telah dicipta dan dipecahkan. Pamah garam ini mulai mengecil sejak tahun 60-an hingga ke hari ini. AMA (American Motorcyclist Association) telah memulakan satu kempen melobi tindakan.
Ducati Scrambler Icon 2019 yang telah dikemaskini telah dilancarkan pada awal bulan ini. Pengemaskinian penggayaan beserta perubahan bahagian dalaman telah mengubah model Ducati Scrambler Icon 2019 ini kepada sebuah pakej yang lebih premium. Kami telah pergi ke Itali bagi mengalami sendiri motosikal Icon yang dikemaskini ini dan ianya kini lebih selamat serta selesa tanpa mengorbankan…
Penunggang MotoGP Ducati, Jorge Lorenzo telah mengalami kecederaan pada kaki kanannya akibat kemalangan yang dialami sewaktu GP Aragon. Dia terpelanting ke udara dan jatuh di atas kakinya. Dia telah mengumumkan bahawa dia akan cuba untuk berlumba di Buriram, Thailand.