Acara BMW Motorrad Malaysia Nightfuel Kini Telah Kembali!

  • Pesta penunggang terulung BMW Motorrad Malaysia – BMW Motorrad Nightfuel kini telah kembali.
  • Untuk kali ini, ianya bakal diadakan di Puteri Harbour Front, Johor.
  • Ada sumber-sumber yang membayangkan bahawa model F 850 GS bakal dilancarkan sewaktu acara ini.

Parti terulung anjuran BMW Motorrad Malaysia – BMW Motorrad Nightfuel – akan kembali menggegarkan negara.

Edisi ke-lima acara gaya hidup ini akan dianjurkan pada hujung minggu (6 Oktober 2018) di Puteri Harbour Front, Johor Darul Takzim.

Seperti mana edisi yang sebelum ini, acara Nightfuel berhasrat untuk menyatukan para penggemar motosikal premium dari seluruh negara. Dan tiada cara yang lebih baik daripada menikmati makanan, minuman, di samping menikmati muzik dan hiburan terbaik bersama dengan sahabat handai yang turut meminati motosikal.

BMW Motorrad Nightfuel Putrajaya 2018

Selain itu, para hadirin juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah istimewa cabutan bertuah “Win with BMW Motorrad”. Hadiah-hadiahnya terdiri daripada barangan premium BMW merangkumi kelengkapan memunggang, aksesori motosikal serta barangan eksklusif.

Bukan itu sahaja, seperti mana kebiasaannya, BMW Motorrad Malaysia juga akan turut melancarkan model-model baharu sewaktu acara Nightfuel. Kami telah mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa model F 850 GS 2018 akan dilancarkan sewaktu acara ini, dan kemungkinan pelancaran model yang lain selain daripada model ini.

Konvoi motosikal ke acara BMW Motorrad Nightfuel Johor juga akan turut dianjurkan. Para pemilik BMW dipinta untuk menghubungi wakil pengedar masing-masing untuk menempah tempat mereka.

Gambar Intipan BMW F 850 GS 2019 Tersebar?

Sila daftarkan kehadiran anda di atas talian untuk mendapatkan tiket masuk ke acara BMW Motorrad Nightfuel ini. Walaupun pendaftaran boleh dilakukan sewaktu acara itu sendiri, membuat pra-pendaftaran memastikan yang anda tidak perlu beratur panjang dan menjamin ketersediaan baju-T dalam saiz yang anda mahu. Anda boleh mendaftar dengan menekan pautan di bawah:

https://www.bmw-motorrad.com.my/en/experience/events/bmw-motorrad-malaysia-nightfuel-johor-2018.html

Butiran acara adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 Oktober 2018
Masa : 7.00 petang
Tempat : Tempat letak kereta Puteri Harbour Front

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply