BMW Motorrad Nightfuel Putrajaya 2018

  • BMW Motorrad Nightfuel Putrajaya 2018 telah berlangsung pada hujung minggu lalu.
  • BMW Motorrad Malaysia telah memperagakan kelengkapan menunggang serta aksesori terbaru untuk motosikal BMW dan R nineT.
  • Acara tersebut juga dipenuhi dengan aktiviti cabutan bertuah, persembahan kugiran serta jamuan yang hebat.

Acara gaya hidup ulung BMW Motorrad Malaysia – BMW Motorrad Nightfuel – telah kembali untuk tahun 2018, berlangsung di Putrajaya Recreational Airport pada 7 April 2018.

Acara tersebut merupakan pentas terbaik buat pemilik motosikal BMW dan juga bagi mereka yang memiliki motosikal jenama yang lain, untuk menikmati keseronokan dalam suasana, jamuan dan muzik yang hebat. Ia juga merupakan tempat di mana para penunggang beramah mesra dan bertanya khabar sesama teman penunggangan mereka.

BMW Motorad Malaysia pula, ingin membawakan kepada pemilik motosikal BMW sebuah acara sebagai ganjaran untuk kesetiaan mereka terhadap jenama tersebut. Selain itu, BMW Motorrad Malaysia selalu menggunakan acara Nightfuel ini sebagai pentas mengumumkan model atau produk BMW yang terbaru.

Hampir 1000 orang pemilik motosikal telah menghadiri acara kali ini, dengan motosikal mereka diparkir dalam dua barisan di kedua-dua belah dan juga bahagian tengah landasan kapal terbang.

Ke semua hadirin telah menerima ‘welcome pack’, baucar cabutan bertuah, dan jalur pergelangan tangan untuk jamuan. Cabutan bertuah telah diadakan sepanjang malam, di mana para pemenangnya membawa pulang hadiah-hadiah yang menawan.

Kugiran 9 Lives merancakkan suasana dengan dendangan lagu-lagu kesukaan ramai.

Tedapat juga satu pertunjukan fesyen di mana para model memperagakan kelengkapan menunggang berjenama BMW Motorrad yang terkini, termasuklah sut perlumbaan ‘one piece’. Para hadirin juga turut menjadi golongan yang pertama menyaksikan rangkaian pilihan pengkhususan Spezial, khas untuk motosikal R nineT.

Diperagakan adalah model R 1200 GS Rallye, S 1000 XR, R nineT Urban G/S, S 1000 R, S 1000 RR, K 1600 B, R nineT Pure, R 1200 RT dan motosikal ultra eksklusif, S 1000 RR HP4 Race yang diperagakan dalam bekas Perspex.

Para hadirin dialu-alukan untuk mencuba motosikal-motosikal tersebut (kecuali bagi R 1200 RT dan HP4 Race).

Ianya satu malam yang mengujakan bagi semua yang hadir. Jumpa anda di acara Nightfuel yang berikutnya!

GALERI GAMBAR

BMW Motorrad Nightfuel Pulau Pinang

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]