Isi Minyak Di BHP Dan Menangi Hadiah Wang Tunai RM5,000 Setiap Hari!

 

  • BHPetrol sedang mengadakan peraduan “eCard Pump & Swipe” bagi pengguna kad setia eCard mereka.
  • Dengan pembelian minimum produk bahanapi sebanyak RM30, para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.
  • Peraduan ini telah bermula dari 1 April 2018,  dan akan berterusan sehingga 30 April 2018.

 Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd., pemasar dan pengedar minyak petrol dan minyak pelincir BHPetrol di Malaysia, akan menghadiahkan wang tunai berjumlah RM5,000 setiap hari kepada pengguna kad setia eCard mereka dalam peraduan “eCard Pump & Swipe“!

Pengurus Besar Bekalan, Runcitan, dan Perhubungan Awam Kerajaan BHPetrol, IR Azizul Azily Ahmad telah mempersembahkan hadiah berupa wang tunai RM5000 kepada Prof Dr Khairul Azmi Bin Abdul Kadir, salah seorang pemenang harian. Prof Dr Khairul Azmi telah menjadi pengguna eCard sejak empat tahun yang lalu dan merupakan pengguna setia BHPetrol Taman Tun Dr Ismail, dan mengisi kenderaannya dengan bahanapi Infiniti Euro5 Diesel. Dia bercadang untuk mendermakan hadiahnya itu ke tabung masjid-masjid dan surau-surau bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba.

Promosi ini yang telah dijalankan dari 1 April 2018 sehingga 30 April 2018 di stesen minyak BHPetrol yang menerima eCard, menawarkan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada seorang pemenang yang bertuah pada setiap hari. Untuk menyertai peraduan ini, para pengguna hanya perlu membuat pembelian minimum produk bahanapi sebanyak RM30 (Infiniti 95, Infiniti 97, Infiniti Diesel dan Infiniti Euro5 Diesel) dalam satu resit dan menggunakan eCard mereka.

BHPetrol eCard adalah satu program kesetiaan di mana mereka menawarkan keistimewaan dan ganjaran yang hebat bagi pengguna eCard mereka. Pengguna akan mendapat satu ePoint bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di stesen minyak BHPetrol dan di mana-mana peruncit yang terpilih. Pengguna dapat menebus mata dengan serta merta bagi rangkaian ekstensif hadiah dan barangan, termasuklah minyak petrol dan barangan yang bernilai RM10 dengan hanya 950 mata ePoint sahaja. Selain itu, para penggunanya juga dapat menebus hadiah yang menarik yang ditawarkan dalam BHPetrol Rewards Catalogue atau melalui talian internet – ecardrewards.bhpetrol.com.my untuk lebih banyak pilihan hadiah yang menarik.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai peraduan ini, layarilah laman sesawang rasmi BHPetrol dengan menekan sini.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]