Telah berlaku begitu banyak kemalangan dalam setiap hujung minggu perlumbaan dalam musim 2018. Marc Marquez ternyata penunggang yang paling kerap terbabas dalam kelas perlumbaan MotoGP. Namun, yang paling kerap terbabas dalam ketiga-tiga kelas perlumbaan adalah Stefano Manzi.
Author: Zarul Faiz
Ducati sedang membangunkan lebih banyak motosikal kegunaan jalan raya janaan enjin V4. Mereka bakal melancarkan 29 buah motosikal baharu dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Motosikal baharu ini juga bakal meliputi segmen yang tidak ditawarkan Ducati sebelum ini.
Harga bagi model Moto Guzzi V85 TT 2019 bagi pasaran Amerika Syarikat telah pun didedahkan. Motosikal V85 TT ini dilengkapi dengan pelbagai ciri bagi menyaingi model yang lain dalam kategorinya. Ianya ditetapkan pada harga yang amat menggiurkan berbanding dengan para pesaingnya.
Model BMW C 400 GT 2019 telah diperkenalkan di EICMA 2018. Ia berkongsi enjin serta kerangka yang sama seperti model C 400 X, namun, tanda nama GT-nya itu bermakna yang model ini adalah untuk perjalanan jarak jauh. Dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menakjubkan seperti cakera brek hadapan berganda, skrin TFT 6.5 inci, dan lain-lain lagi.
KTM akan menjual jentera perlumbaan RC16 MotoGP mereka yang terdahulu. Pemilik baharu jentera berkenaan akan turut menerima pelbagai hadiah menarik. Hanya dua buah jentera yang akan dijual pada harga €250,000 setiap satu.
Pelapik MIPS memberikan lebih banyak ruang buat kepala untuk bergerak dalam helmet apabila berlakunya kemalangan. Dan dengan itu, kepala pemakai tidak akan menyerap tenaga hentakan secara langsung. Perekanya mengharapkan yang lebih banyak pengeluar akan menggunakan teknologi ini.
Sebuah bengkel cuba menipu penulis dengan cuba menjual tayar hadapan Bridgestone Battlax BT23 yang terpakai. Ini adalah selepas dia mengatakan yang tayar hadapan T31 yang baharu akan menyebabkan bahagian hadapan bergoyang-goyang. Versi GT sebarang tayar adalah untuk motosikal berkapasiti tinggi.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah mengeluarkan amaran buat bengkel motosikal dan para pemilik, melarang sebarang pengubahsuaian haram. Jabatan tersebut telah menahan 15 buah motosikal Yamaha Y15ZR yang telah diubahsuai dalam satu operasi. Antara pengubahsuaian yang telah dilakukan adalah bagi meningkatkan kelajuan puncak, serta ekzos yang terlalu bingit.
Motosikal Norton Superlight telah diperkenalkan selepas model Atlas. Motosikal baharu ini menggunakan enjin yang sama seperti model Atlas namun telah ditala untuk perlumbaan. Enjin 650cc motosikal ini mampu menghasilkan 105hp dan ianya hanya seberat 158kg.