Jadilah Pengguna Yang Bijak Dalam Memilih Tayar

  • Sebuah bengkel cuba menipu penulis dengan cuba menjual tayar hadapan Bridgestone Battlax BT23 yang terpakai.
  • Ini adalah selepas dia mengatakan yang tayar hadapan T31 yang baharu akan menyebabkan bahagian hadapan bergoyang-goyang.
  • Versi GT sebarang tayar adalah untuk motosikal berkapasiti tinggi.

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah
Terjemahan: Zarul Zaki

“Jadilah pengguna yang bijak.” Itulah yang sering saya pesan pada rakan-rakan.

Tayar yang ada pada motosikal Kawasaki ER-6f telah pun botak. Saya menggunakan tayar Bridgestone Battlax T-30 Evo, jadi semulajadinya saya telah memilih tayar Battlax T-31 yang baharu.

Dan di sini, ceritanya tetap sama. Kita perlu menjadi pengguna yang bijak.

Sewaktu penulis sedang tercari-cari tayar Battlax T31 lebih kurang dua bulan yang lalu, penulis dapati yang ianya tiada dalam stok bengkel pilihan penulis sejak lebih 20 tahun yang lalu, Sunny Cycles. Penulis perlukan tayar belakang dengan segera kerana benangnya telah mula dapat dilihat.

Sebuah bengkel lain di Jalan Ipoh ada tayar ini dalam stok mereka.

Bagaimana pun, ketua mekaniknya telah mengatakan, “Tayar belakang T31 ini ok, tetapi tayar hadapannya akan menyebabkan motosikal untuk goyang.” Terkejut penulis kerana selain daripada BT21 yang lama, model BT23, T30, dan T30 Evo tidak pernah menyebabkan motosikal untuk bergoyang.

“Awak pasti awak masih mahu tayar T31 untuk bahagian depan?” Tanyanya lagi. “Saya syorkan awak gunakan T31 untuk belakang dan BT23 untuk bahagian hadapan,” ujarnya lagi.

Ini menyebabkan penulis berasa curiga. Penulis tetap mahukan tayar T31 untuk bahagian depan. Penulis kemudiannya telah mendapati terdapat begitu banyak tayar BT-23 baharu yang tersusun dalam stor sewaktu penulis pergi ke tandas bengkel!

Dia memasuki stornya dan kembali dengan sepasang tayar T31. Penulis terkejut apabila mendapati tayar hadapan yang dibawa adalah model Battlax T31 GT! Model T31 GT adalah untuk kegunaan motosikal sport-tourer berkapasiti tinggi seperti BMW R 1200 RT, Kawasaki 1400GT, Yamaha FJR1300, Honda VFR1200, dan seangkatan dengannya.

Bebenang dan dinding tayar versi GT ini lebih keras bagi menampung beban motosikal yang berat. Motosikal kelas pertengahan seperti ER-6, Versys 650, hinggalah motosikal sport-tourer 900cc tidak mempunyai berat yang mencukupi bagi membolehkan tayar GT ini berada dalam bentuk yang sepatutnya. Dan dengan itu, tayar ini tidak akan memiliki permukaan sentuhan yang mencukupi dengan jalan, menyebabkannya untuk bergoyang.

Saya memutuskan untuk kekal dengan tayar T30 Evo yang botak pada bahagian hadapan dan memasang tayar T31 baharu di bahagian belakang.

Tetapi, ini bukan pengakhirannya.

Mekanik tersebut telah meletakkan roda atas lantai konkrit yang tidak berlapik dan mencungkil tayar. Akibatnya, ada calar-calar di sekeliling rim. Dia kemudiannya menggunakan ‘impact wrench’ untuk mengetuk nat gandar belakang. Ini akan menyusahkan penulis untuk membukanya nanti sewaktu ingin melaraskan rantai.

Penulis bayar untuk tayar berkenaan dan terus meninggalkan bengkel tersebut dengan segera.

Penulis menerima panggilan dari Sunny Cycles sewaktu tibanya tayar T31. JS, ketua mekanik, menyelenggara motosikal penulis.

Dia menanggalkan roda dan masukkan jarinya dalam ruangan hab bagi memeriksa sama ada galas bebolanya masih dalam keadaan baik. Dia kemudiannya menggunakan mesin penukar tayar bagi menanggalkan tayar lama. Setelah itu, JS menyusulinya dengan pengimbangan tayar.

Dia kemudiannya telah mengetatkan semula roda dan angkup brek dengan ‘torque wrench’, dan bukannya dengan ‘pneumatic impact wrench’. Akhir sekali, dia telah memeriksa semula ke semuanya sekali lagi sebelum mengisi semula tekanan udara mengikut kegemaran penulis.

Penulis menunggang motosikal tersebut dengan tayar yang baharu ke Jitra, Kedah, dan kembali Kuala Lumpur. Kami turut menunggang dalam hujan yang amaat lebat sekali, sehinggakan ianya amat mengehadkan tahap penglihatan.

Kami tunggang pada kelajuan yang perlahan hinggalah pada kelajuan lebih daripada 180km/j.

Adakah tayar hadapan T31 tersebut bergoyang? SEKALI PUN TIDAK!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]