Teknologi Pelapik Helmet MIPS Baharu Mampu Menyelamatkan Lebih Banyak Nyawa

  • Pelapik MIPS memberikan lebih banyak ruang buat kepala untuk bergerak dalam helmet apabila berlakunya kemalangan.
  • Dan dengan itu, kepala pemakai tidak akan menyerap tenaga hentakan secara langsung.
  • Perekanya mengharapkan yang lebih banyak pengeluar akan menggunakan teknologi ini.

Pertunjukan EICMA bukan sekadar mengenai motosikal baharu, tetapi ianya turut memperagakan teknologi terkini. Pelapik MIPS adalah salah satu tarikan yang muncul pada edisi 2018 ini.

MIPS adalah singkatan bagi “Multi-directional Impact Protection System”. Ia membenarkan kepala pemakai untuk bergerak dalam helmet sekiranya berlakunya hentakan.

Jadi, ia membolehkan kepala untuk bergerak dalam helmet? Kita perlu ingat bahawa tahap kecederaan bukan bergantung kepada bagaimana seseorang itu terbabas, tetapi kepada bagaimana seseorang itu berhenti setelah terbabas.

Dan itulah gunanya pelapik EPS (Expanded Poltstyrene) dalam helmet. Pelapik EPS adalah pelapik berwarna putih yang tebal, yang berada di antara pelapik kusyen dan tempurung keras helmet. Ia akan menghancur kendiri bagi menyerap tenaga hentakan dengan memanjangkan jarak bagi membolehkan kepala untuk bergerak dalam helmet. Dengan itu, kepala tidak akan berhenti bergerak secara tiba-tiba. Ianya konsep yang sama bagi zon hancur pada kereta.

Bagaimana pun. menurut Sidang MIPS, pelapik EPS sahaja tidak mencukupi. Asal-usul pelapik MIPS bermula dari tahun 1990-an apabila pakar bedah otak mendapati kecederaan otak masih lagi berlaku walaupun apabila mangsa memakai helmet.

Ujian helmet menilai berapa banyak tenaga yang akan diagihkan kepada pengesan atau kepala dalam helmet. Hentakan yang dilakukan adalah hasil daripada hentakan helmet secara langsung dari 90º. Dalam keadaan dunia sebenar, bagaimana pun, bertembung dengan objek secara menegak adalah sesuatu yang jarang berlaku. Selalunya ianya adalah hentakan secara sipi (kerana bentuk bulat helmet, antara sebab-sebab yang lain).

Hentakan objek pada satu sudut selain daripada menegak akan menyalurkan daya berputar melalui helmet. Tisu lembut dalam otak akan terdedah kepada daya ‘shearing’. Ia bagaikan mencarik daging dari tulang. Faktor inilah yang menyebabkan kecederaan otak yang lebih teruk.

Dengan adanya pelapik MIPS, kepala mempunyai ruang sebanyak 10 hingga 15mm lebih untuk bergerak. Sidang MIPS mendakwa yang ianya mengurangkan agihan kuasa sehingga 40% lebih banyak.

Terdapat 8 pelapik MIPS berbeza bagi pengunaan yang berbeza bagi motosikal, basikal, dan papan salji. Sidang MIPS berazam untuk memperkenalkan teknologi ini buat pengeluar helmet semasa, namun, mereka akui yang sambutan masih lagi suam. Penunggang professional pula, telah menunjukkan lebih minat.

Sumber: MCN

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]