Jarvish adalah pembuat helmet dari Taiwan. Firma ini menawarkan helmet futuristik X dan X-AR. Kedua-dua model ini lengkap dengan pelbagai teknologi, di mana bagi model X-AR turut dilengkapi dengan kamera dan HUD.
Author: Zarul Faiz
Model Triumph Thruxton R TFC adalah sebahagian daripada rangkaian Triumph Factory Custom. Berdasarkan namanya itu, ianya merupakan model pengeluaran terhad mewah utama. Hanya 750 unit yang akan dibina.
Kami telah menunggang uji model Ducati Multistrada 950 2018 sewaktu Tunggangan Media anjuran Ducati Malaysia. Motosikal Multistrada 950 ini merupakan tawaran dalam segmen motosikal sport-tourer kelas pertengahan. Ianya sesuai buat pelbagai jenis penunggang.
Mengapakah model BMW S 1000 RR yang pertama bercirikan lampu hadapan tidak simetri? Mengapa pula bagi model S 1000 RR 2019 ianya simetri? Semua ini berbalik kepada fungsi.
Model Yamaha YZF-R1 GYTR telah habis dijual ke semuanya dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Kru pasukan Yamaha Racing Team yang telah memenangi perlumbaan Suzuka 8-Hours Endurance bertanggungjawab dalam pembinaannya. Hanya 20 buah unit yang ditawarkan pada harga €39,500.
Ducati Malaysia telah menganjurkan Tunggangan Media Ducati Multistrada 950 baru-baru ini. Tujuan konvoi ini adalah untuk menyerlahkan kebolehan jentera Ducati Multistrada 950. Di samping itu, tunggangan ini mempersembahkan sekilas pandang gaya hidup yang berkait rapat dengan motosikal ini buat warga media.
Naza Premira (Vespa Malaysia) dengan secara rasminya telah melancarkan model Ulang Tahun ke-50 Vespa Primavera. Model edisi khas ini telah dilancarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Vespa Primavera yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara. Model Vespa Primavera edisi khas ini telah ditetapkan pada harga asas RM16,300 (tidak termasuk insurans).
Hong Leong Yamaha Motor telah mengumumkan warna baharu bagi motosikal Yamaha X-Max 250 2018. Harga asasnya kekal pada RM21,225 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Penghantaran akan bermula pada bulan ini (Disember 2018).
Aprilia Racing telah mendapatkan khidmat pengarah sukan Ferrari F1, Massimo Rivola, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pengurus yang sedia ada, Romano Albesiano, akan menumpukan perhatian ke arah aspek teknikal perlumbaan sebagai Pengarah Teknikal. Rivola telah berada dalam F1 selama 21 tahun dan telah bekerjasama dengan Sebastian Vettel dan Fernando Alonso.