Author: Zarul Faiz
Kerajaan telah menghentikan kutipan tol motosikal. Tol-tol yang terlibat adalah Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang, dan juga Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura. Kerajaan mengatakan ianya langkah pertama untuk penghapusan tol sepenuhnya dalam negara.
Seorang lelaki Jepun telah membuat usikan dengan merentangkan tali merentasi jalan raya. Ia telah menyebabkan seorang penunggang motosikal terlanggar jerangkap tersebut dan terbabas. Pihak polis telah berjaya memberkas pesalah tersebut dengan segera dan mendakwanya dengan cubaan membunuh.
Bugatti menggunakan teknologi cetakan 3D bagi menghasilkan angkup brek titanium ini. Cetakan 3D menghasilkan bahagian rumit yang tidak dapat dicanai atau tempa. Bugatti telah memuatnaik sebuah video demonstrasi menunjukkan kebolehan angkup ini menangani daya henti yang keras dan haba melampau.
Stesen minyak Petronas Solaris Besraya Serdang telah dibuka semula selepas insiden yang berlaku semalam. Beberapa buah kenderaan telah dilaporkan mengalami kerosakan setelah membuat isian semula di stesen berkenaan. Siasatan mendapati bahawa air telah meresap masuk ke dalam tangki simpanan bawah tanah stesen tersebut.
Ada beberapa tabiat-tabiat tertentu yang membawa kejayaan dalam industri automotif dan sukan permotoran. Kami telah bercakap dengan Harun Zainal, salah seorang jurulatih Kursus Juruteknik Superbike Kolej Automotif TOC. Adakah anda memilikinya?
Terdapat lebih banyak kemaskini bagi model Aprilia Shiver 900 2019. Antaranya adalah ekzos baharu, ECU baharu, paparan TFT baharu, dan warna baharu. Adakah ia akan membuat kemunculan di Malaysia?
Motosikal Suter MMX 500 adalah jentera perlumbaan dua lejang, V-Four yang telah dibina antara tahun 2017 hingga 2018. Ianya sebuah motosikal lumba dua lejang sejati, yang direka dari mula. Syarikat berkenaan telah membina hanya 99 buah MMX 500.