Lelaki Jepun Didakwa Dengan Cubaan Membunuh Akibat Usikan Menggunakan Tali

  • Seorang lelaki Jepun telah membuat usikan dengan merentangkan tali merentasi jalan raya.
  • Ia telah menyebabkan seorang penunggang motosikal terlanggar jerangkap tersebut dan terbabas.
  • Pihak polis telah berjaya memberkas pesalah tersebut dengan segera dan mendakwanya dengan cubaan membunuh.

Seorang lelaki Jepun telah ditangkap kerana melakukan satu usikan menggunakan tali yang telah menyebabkan seorang penunggang motosikal terbabas. Dia akan didakwa dengan kesalahan cubaan membunuh.

Pada 26 haribulan Disember 2018, di bandar Sagamihara, Wilayah Kanagawa, seorang lelaki telah memasang sebuah jerangkap samar tali merentasi sebuah jalan raya. Lima belas saat yang kemudian, seorang penunggang motosikal berusia 45 tahun secara tiba-tiba telah mendapati dirinya dijerut dengan tali pada lehernya, menyebabkannya terjatuh daripada motosikal yang ditungganginya. Penunggang motosikal itu bernasib baik hanya mengalami kecederaan pada bahagian belakang dan pinggangnya.

https://youtu.be/lakEaZFfc08

Insiden ini telah berjaya dirakam oleh sebuah kamera keselamatan, namun, apa yang lebih penting lagi, ia juga berjaya merakamkan aksi yang tidak bertanggungjawab berkenaan. Bersama dengan bantuan penduduk sekitar, pihak polis bertindak pantas dan berjaya mengesan pelaku kesalahan, Koichi Deki, yang berusia 41 tahun. Dia mendakwa bahawa dia hanya bermaksud untuk bergurau sahaja bagi mengurangkan tekanan dan bukannya mahu membunuh sesiapa. Dia juga turut mengaku menggunakan tali dan kotak dari kedai yang berdekatan di mana ianya digunakan untuk menutup kawasan kedai apabila ianya ditutup pada waktu malam.

Masih belum jelas lagi sama ada Deki mengetahui bahawa motosikal tersebut akan melalui kawasan berkenaan, memandangkan yang penunggang motosikal itu telah terkena jerangkap samar tersebut dalam masa beberapa saat sahaja selepas ianya dipasang.

Tahniah diucapkan pada pihak polis Jepun kerana berjaya menyelesaikan kes ini, di mana mereka berjaya dengan bantuan daripada rakaman CCTV.

Sebaliknya, kita sering kali terdengar akan berbilang kes melibatkan tali kabel atau wayar yang direntangkan merentasi laluan motosikal di dalam negara kita, namun, tiada lagi sebarang berita sama ada pelakunya telah ditangkap. Sebab utama kegagalan pihak polis menangkap pesalah-pesalah ini adalah kerana tiadanya CCTV atau pun penguatkuasa untuk mengawasinya laluan-laluan ini. Selain itu, pihak berkuasa negara kita tampak lebih segera bertindak sekiranya adanya berlaku kehilangan nyawa atau apabila ada VVVVVIP yang membuat aduan.

Sumber: Japan Today

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]