Kerajaan Hapuskan Kutipan Tol Motosikal Sebagai Langkah Pertama

Sumber imej: Free Malaysia Today
  • Kerajaan telah menghentikan kutipan tol motosikal.
  • Tol-tol yang terlibat adalah Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang, dan juga Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
  • Kerajaan mengatakan ianya langkah pertama untuk penghapusan tol sepenuhnya dalam negara.

Kerajaan Malaysia telah menghapuskan kutipan tol motosikal di tiga lokasi.

Tindakan ini adalah langkah pertama dalam penghapusan penuh kadar tol dalam negara. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata bahawa kerajaan tidak mampu menghapuskan ke semua tol pada waktu ini kerana hutang kerajaan terdahulu. Menghentikan kutipan tol bermakna kerajaan perlu membayar konsesi lebuhraya bagi memberikan subsidi bayaran tol rakyat.

“Pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua) bersama dengan Lebuhraya Laluan Kedua Johor (LinKedua) adalah langkah pertama dalam pemansuhan penuh tol” ujar Guan Eng.

Singapura juga bakal memansuhkan kutipan tol untuk motosikal dari arah negara berkenaan bermula 21 Januari.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Bin Mohd Tahir telah merasmikan pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Tanjung Kupang. Dia berkata bahawa penunggang motosikal Malaysia akan dapat membuat penjimatan di antara RM24.20 hingga RM66.00 sebulan.

Dia juga menegaskan janji kerajaan semasa dalam menghapuskan ke semua kutipan tol.

Menteri berkenaan juga turut bercakap mengenai harga minyak. Di mana sebelum ini tidak ada harga siling bagi minyak petrol, RON 95 kini ditetapkan harga silingnya pada RM2.20 seliter, dan diesel pada RM2.18 seliter. Harga runcit baharu akan berkuatkuasa bermula dari 1 Januari 2019.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply