Marc Marquez sedang menjalani tempoh pemulihan enam minggu selepas menjalani pembedahan pada bahu kirinya. Pakar bedah MotoGP, Dr. Xavier Mir kagum dengan bagaimana penunggang berkenaan berjaya memenangi kejohanan dengan kecederaan pada bahu kirinya itu. Sesi ujian pra musim HRC akan berlangsung dari 1 hingga 3 Februari 2019.
Author: Zarul Faiz
Honda telah memfailkan paten bagi teknologi ‘variable valve timing’ (VVT) baharu mereka. Adakah teknologi ini bakal dilengkapkan pada model CBR1000RR Fireblade baharu mereka? VVT menawarkan kuasa dan juga pematuhan kepada piawaian emisi.
Harley-Davidson telah menunjukkan minat mereka untuk menerajui segmen motosikal elektrik. Moped dan skuter elektrik mereka kelihatan seperti lakaran konsep yang telah muncul pada tahun lalu. Model-model ini masih dalam peringkat prototaip.
Model Harley-Davidson LiveWire 2020 akan disediakan bermula Ogos 2019. Ianya merupakan motosikal elektrik pertama keluaran Motor Company berkenaan. Motosikal ini tampil dengan pelbagai ciri teknologi baharu.
Lebih daripada 10,000 kemalangan jalan raya adalah akibat daripada penggunaan tayar celup. JPJ akan bekerjasama dengan JKR dan SIRIM untuk menguatkuasakannya. Kita sebagai penunggang motosikal perlulah sentiasa berwaspada dengan cebisan tayar celup di atas jalan raya pada setiap masa.
Terdapat pelbagai jenis tuntutan yang boleh dibuat terhadap pihak bertanggungjawab selepas sesuatu kemalangan. Bagaimana pun, terdapat syarat dan juga had bagi apa yang boleh dituntut. Tuntutan-tuntutan ini adalah untuk menampung belanja sedia ada sekiranya kemalangan tidak terjadi, dan bukannya untuk memperkayakan mangsa.
Azhar Ibrahim dilahirkan buta namun kelainan upayanya itu tidak menjadi penghalang untuk dirinya. Dia mencari nafkah dengan membaiki motosikal dibengkelnya sendiri sejak sepuluh tahun yang lalu. Minatnya mendengar deruman motosikal telah menjadi pendorongnya.
Motosikal elektrik Lightning LS-218 merupakan motosikal pengeluaran terpantas dunia. Ia telah mencecah kelajuan 351km/j di Bonneville Speedweek pada tahun 2010. Ia juga telah berjaya mencatat masa pusingan 20 saat lebih pantas di hadapan Ducati Multistrada 1200 di Pikes Peak International Hill Climb pada tahun 2013.