Harley-Davidson LiveWire 2020 Akan Disediakan Bermula Ogos 2019

LiveWire 2018
  • Model Harley-Davidson LiveWire 2020 akan disediakan bermula Ogos 2019.
  • Ianya merupakan motosikal elektrik pertama keluaran Motor Company berkenaan.
  • Motosikal ini tampil dengan pelbagai ciri teknologi baharu.

Motosikal elektrik Harley-Davidson LiveWire 2020 akan mula disediakan bermula Ogos 2019. “The Motor Company” telah mendedahkan berita ini bersama dengan dua buah motosikal elektrik konsep yang lain.

Model Harley-Davidson LiveWire telah ditetapkan pada harga $29,799.

Selain daripada komponen-komponen casis mewah yang telah kami laporkan sebelum ini, motosikal berkenaan menggunakan aci pandu elektrik “Revelation” serba baharu. Pengeluar berkenaan menyatakan bahawa ianya akan menghasilkan bunyi Harley-Davidson baharu sewaktu ia memecut. Bunyi futuristik baharu ini melambangkan agihan kuasa elektrik lancar motosikal LiveWire.

Selain daripada aci pandu dan casis berkenaan, motosikal ini dilengkapi dengan pusat media bercirikan LTE (4G), dan kawalan cengkaman berasaskan IMU dan ABS.

Kami pernah menunggang uji motosikal LiveWire ini sebelum ini, dan ianya kedengaran seperti jet pulsa dan bukannya bunyi deruman yang biasa anda dengar dari aci pandu elektrik yang ‘normal’. Ia cukup menarik sekali dan bukan datang dari sebuah pembesar suara.

Kami juga ingin menyatakan bahawa motosikal LiveWire inilah yang telah mengubah persepsi kami terhadap motosikal elektrik. Kami menjangka yang ianya akan menjadi jentera yang jinak seperti skuter elektrik, namun ianya telah mengejutkan dan mengagumkan kami. Pemecutannya adalah serta merta dan ianya tanpa klac atau transmisi yang akan melemahkan kuasa motornya, seperti mana yang ada dalam enjin minyak petrol.

Exclusive: Harley-Davidson Project Livewire test ride

Ia boleh dicas menggunakan palam rumah yang biasa (Tahap 1). Pilihan pengecasan yang lain adalah melalui unit pengecasan Tahap 2 (21 km bagi setiap jam pengecasan), dan melalui Cas Pantas DC Tahap 3 yang memberikannya jarak perjalanan 309km dengan pengecasan satu jam.

Motosikal ini boleh ditempah atas talian di sesetengah negara. Kami masih menunggu pengesahan daripada Harley-Davidson Petaling Jaya.