Heaven MC, sebuah kelab yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang kebanyakannya terdiri daripada para pemilik Harley-Davidson, namun ianya terbuka untuk semua jenis motosikal janaan V-Twin. Presidennya menyatakan yang ianya sebuah kelab motosikal nirlaba (non-profit) yang menyeronokkan. Kelab ini kebiasaannya menganjurkan konvoi dalam negara, dan turut menunggang ke Thailand sebanyak tiga kali dalam setahun.
Author: Zarul Faiz
Repsol Honda teah memperkenalkan jentera bagi kempen MotoGP 2019. Ianya adalah ulang tahun ke-25 kerjasama antara Repsol dan Honda. Beberapa buah ‘pengubahsuaian’ dapat dilihat pada jentera Jorge Lorenzo, kemasan grafik pada jentera 2019 kekal sama.
Kami telah menghimpunkan sebuah panduan mengenal pasti simptom suspensi. Panduan mengenal pasti masalah ini mudah untuk diingati dan digunakan. Kita teruskan dengan redaman lantunan kerana kebanyakan sistem suspensi boleh laras telah dilengkapi dengannya, berbanding dengan redaman mampatan.
Sebuah teksi telah merempuh sebuah motosikal, menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan mencederakan abangnya. Kemalangan ini berlaku di Bangsar pada awal pagi ini (23 Januari 2019). Butirannya masih tidak kami ketahui sepenuhnya, tetapi, kami mengesyorkan semua penunggang motosikal menunggang dengan tanggapan yang pemandu kenderaan yang lain tidak sedar dengan kehadiran anda.
Triumph Thruxton TFC 2019 telah dilancarkan. Ia juga menyepak mula rangkaian Triumph Factory Custom. Model Thruxton TFC ini bukan sekadar sebuah Thruxton R yang dicat semula.
PLUS akan mengusulkan pemasangan lebih banyak kamera AES di ke semua enam buah lebuh raya mereka. Jika diluluskan, ia akan turut dipasang di Jambatan Pulau Pinang. Namun, bagaimanakah kamera AES ini berfungsi?
Kami telah menghimpunkan satu panduan bagi mengenal pasti simptom suspensi. Panduan mengenal pasti ini lebih mudah untuk diingati dan digunakan. Kami mulakan dengan pelarasan pra muatan.
Ketua Menteri Pulau Pinang telah menggesa pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (jambatan kedua) untuk menilai kembali tahap keselamatan penghadang jalan mereka. Sebuah SUV telah melepasi penghadang jalan di Jambatan Pulau Pinang dan terhumban jatuh ke dalam laut setelah dilanggar sebuah kenderaan yang lain pada 20 Januari 2019. Ini…
Konvoi Modenas Dominar “Explore the Unexplored” telah kembali bagi tahun 2019 dengan pengembaraan yang lebih mengagumkan. Tunggangan kali ini meliputi negeri Johor dari, Johor Bahru menuju ke Mersing dan Kluang. 16 orang pemilik Modenas Dominar D400 telah menyertai penunggangan yang mengujakan ini untuk inisiatif #MotographyMalaysia.