Kenal Pasti Simptom Suspensi Bahagian 1 Pra Muatan

  • Kami telah menghimpunkan satu panduan bagi mengenal pasti simptom suspensi.
  • Panduan mengenal pasti ini lebih mudah untuk diingati dan digunakan.
  • Kami mulakan dengan pelarasan pra muatan.

Kami telah menyentuh tentang asas atur cara suspensi pada satu masa yang lalu. Kami memutuskan bahawa satu panduan mengenal pasti simptom suspensi lebih mudah difahami dn diingati.

Sila rujuk artikel yang sebelum ini di bawah berkenaan dengan asas suspensi seperti pra muatan, redaman pemampatan, redaman lantunan.

Suspension Explained (Part 1) – Prologue

Pelarasan pra muatan

Hampir ke semua motosikal dilengkapi dengan ciri ini, dan dengan itu, kita akan mula dengannya.

Sebagai ingatan semula, pra muatan memberi kesan pada kelandutan suspensi anda. “Menambah” pra muatan menyebabkan bahagian motosikal tersebut untuk terangkat, dan begitulah sebaliknya. Bagaimana pun, ia TIDAK AKAN melaraskan tahap kekerasan suspensi. Rasa ‘keras’ yang dirasai sewaktu anda memulas pra muatan tersebut adalah kerana kelandutan yang dikurangkan. Anggap kelandutan itu sebagai ‘freeplay’. Ingat, kelandutan juga TIDAK memberi kesan pada kadar kepegasan.

Pelarasan pra muatan memberi kesan pada ketinggian tunggangan motosikal anda dan dengan itu, geometri casis. Sebagai contoh, anda boleh membuatkan motosikal lebih pantas memasuki selekoh dengan meletakkan lebih banyak pra muatan di bahagian belakang dan kurangkan pada bahagian hadapan. Sebaliknya, anda boleh gunakan lebih sedikit pra muatan di bahagian belakang dan lebih banyak di hadapan untuk mendapat lebih kestabilan di selekoh.

Pasak berwarna biru ini adalah pelaras pra muatan. Lebih banyak pra muatan yang anda tambah, lagi sedikit garisan yang kelihatan.

Pra muatan terlalu sedikit (hadapan)

  • Tunggangan bahagian hadapan terasa terlalu rendah.
  • Fork mendekam terlalu mudah sewaktu pembrekan keras atau ketika menaiki bonggol.

Pra muatan terlalu banyak (hadapan)

  • Tunggangan bahagian hadapan terasa terlalu tinggi.
  • Rasa kasar.
  • Menenggelamkan redaman.
  • Melantun semula setelah terlanggar bonggol.
  • Berat dialihkan ke roda belakang menyebabkan pusingan yang lembab.

Pelaras pra muatan belakang

Pra muatan terlalu sedikit (belakang)

  • Terlalu mudah melandut, terutamanya apabila menunggang dengan pembonceng.
  • Tunggangan bahagian hadapan terasa tinggi.
  • Lembab memusing kerana beratnya tidak berada di roda hadapan.
  • Bahagian hadapan terasa ringan sewaktu pemecutan laju.
  • Motosikal cenderung untuk tersasar apabila pendikit dipulas.

Pra muatan terlalu banyak (belakang)

  • Tunggangan bahagian belakang terasa lebih tinggi dari sepatutnya.
  • Redaman terasa tenggelam.
  • Terasa kasar dan melantun keras setelah melanggar bonggol.

Nantikan Bahagian 2 esok.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.