Model Triumph Thruxton TFC 2019 Lancarkn Rangkaian Triumph Factory Custom

  • Triumph Thruxton TFC 2019 telah dilancarkan.
  • Ia juga menyepak mula rangkaian Triumph Factory Custom.
  • Model Thruxton TFC ini bukan sekadar sebuah Thruxton R yang dicat semula.

Triumph Motocycles telah melancarkan model yang cukup menakjubkan dan mengagumkan, Triumph Thruxton TFC 2019. Dan dengan pelancaran model tersebut, Triumph secara rasminya telah melancarkan rangkaian Triumph Factory Custom pada masa yang sama.

Prototaip Thruxton TFC telah dilihat sedang menjalani ujian jalan raya pada awal bulan ini. Dan kini ia telah sedia untuk menarik perhatian dan menggoda para penggemar motosikal.

Pada masa yang sama, rangkaian Triumph Factory Custom ini membolehkan para pemilik mencipta motosikal yang dikhususkan yang tidak terbatal warantinya, walaupun setelah dikhususkan sehingga menjadi sebuah jentera ‘Frankenstein’ yang tidak praktikal dan tidak boleh ditunggang. Ini bermakna motosikal TFC akan masih mengekalkan nilainya, jika tidak bertambah nilainya.

Tarikan Penggayaan

  • Pelitup perlumbaan ‘bubble’ karbon fiber, dapra hadapan, pelitup pelana, pelindung buku lali, dan peredam ekzos.
  • Ciri halus termasuklah apit tiga atas billet, penghadang angin bertinta,
  • pelana kulit dengan jahitan, penutup tempat isian bahanapi billet.
  • Lampu hadapan dan belakang LED.
  • Skema warna dilegapkan dengan jalur ‘pinstripe’ emas.

Triumph bukan sekadar mengambil sebuah motosikal Thruxton R dan mengecatnya semula, sebaliknya, model Thruxton TFC ini dilengkapi dengan pelbagai kemaskini

Kemaskini Prestasi

  • Komponen enjin yang lebih ringan, omboh berkemampatan tinggi, lohong yang dirombak semula, cam berprofil lebih tinggi, peredam ekzos Vance & Hines menambah 9.8hp, menjadikannya 105hp. Tork ditingkatkan menjadi 115Nm.
  • Beratnya dikurangkan menjadi 198kg dengan panel badan karbon fiber, selain daripada bahagian dalaman enjin yang diolah semula.
  • Pengurangan berat tambahan datang dari rel penyangga enjin aluminium, penanggalan madgad belakang, serta bateri yang lebih ringan.

Kemaskini Pengendalian

  • Fork Öhlins NIX30 boleh laras sepenuhnya, peningkatan dari fork Showa BFF.
  • Penyerap hentakan belakang ‘piggyback’ Öhlins yang boleh dilaras.
  • Angkup brek Brembo M4.34 Monobloc.
  • Mod penunggangan yang dikemaskini, kawalan cengkaman, dan ABS.
  • Tayar Metzeler Racetec RR.

Pakej Istimewa

  • Hanya 750 unit sahaja yang akan dibina. Setiap satu dengan nombor bersiri.
  • Pek penyerahan TFC dan sijil ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nick Bloor.
  • Buku binaan khusus yang diperibadikan.
  • Pelitup motosikal TFC.

Tidak sabar rasanya ingin melihat motosikal ini apabila ia tiba di Triumph Motorcycles Malaysia! Motosikal Thruxton R adalah motosikal café racer yang terbaik pernah kami tunggang uji, jadi kami tidak sabar untuk menguji kehebatan model Thruxton TFC ini!

GALERI GAMBAR

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]