Sebuah Teksi Merempuh Sebuah Motosikal, Menyebabkan Kematian Kanak-Kanak Berusia 11 Tahun

Teksi menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. – Sumber imej: The Star

  • Sebuah teksi telah merempuh sebuah motosikal, menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan mencederakan abangnya.
  • Kemalangan ini berlaku di Bangsar pada awal pagi ini (23 Januari 2019).
  • Butirannya masih tidak kami ketahui sepenuhnya, tetapi, kami mengesyorkan semua penunggang motosikal menunggang dengan tanggapan yang pemandu kenderaan yang lain tidak sedar dengan kehadiran anda.

Sebuah teksi telah merempuh sebuah motosikal, menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Menurut laporan akhbar The Star, Athierah Batricesya yang membonceng motosikal yang ditunggang oleh abangnya yang berusia 18 tahun di Jalan Maarof, Bangsar, pada kira-kira jam 7 pagi.

Sebuah teksi telah merempuh mereka di sebuah persimpangan jalan, mencampakkan kedua-dua penunggang dan pembonceng ke atas jalan raya. Athierah telah mengalami kecederaan kepala yang parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala abangnya telah mengalami kecederaan pada kaki kirinya. Mayat kanak-kanak perempuan berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Polis Trafik Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian kemalangan itu sewaktu dihubungi oleh akhbar berkenaan. Dia juga turut memberitahu bahawa Athierah merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya.

“Pemandu teksi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pemanduan merbahaya,” tambahnya.

Butiran mengenai apa yang berlaku pada pagi ini masih tidak kami ketahui sepenuhnya, tetapi, kita sebagai penunggang motosikal harus sentiasa mempunyai kesedaran 360 darjah sekeliling kita pada setiap masa. Senantiasalah menunggang dengan tanggapan yang tiada pemandu kenderaan yang lain yang sedar dengan kehadiran kita, apatah lagi untuk berhenti atau memberi laluan untuk kita.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.