Pasukan Honda Endurance Racing sudah bersiap siaga bagi bertarung sehabisnya di perlumbaan 24 Jam Le Mans kali yang ke-40 hujung minggu ini. Freddy Foray, Julien Da Costa dan Sébastien Gimbert akan mengemudi jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 terbaru bersama dengan pelumba jalanraya British, Lee Johnston sebagai penunggang simpanan.
Author: Zarul Faiz
GSX-S750 terbaru dengan ABS adalah gabungan mutlak antara motosikal jalanan berasaskan prestasi dengan gaya agresif dilengkapkan dengan pengayaan lebih baik serta lebih berkuasa. Kedua V-Strom 650 ABS baru ini lebih ringan dengan enjin patuh Euro4 yang dikemaskini serta berbagai ciri-ciri baru berharga kurang daripada RM50,00.
“ZRX since 1997” telah dibuat sebagai penghormatan kepada motosikal ‘naked‘ legenda Kawasaki, ZRX 1100 dan ZRX 1200. Terdapat dalam dua warna menarik: kemasan Hitam Matte dengan sama ada muka berwarna hijau atau hitam. Jam tangan ini boleh didapati di z900.us pada harga €149 (kira-kira RM703).
Dorna Sports telah mengumumkan bahawa Michelin akan menjadi penaja utama bagi pusingan MotoGP Australia. Yang kedua dalam tiga perlumbaan ‘flyaway‘ di Phillip Island akan diadakan pada 22 Oktober 2017. Australian GP adalah salah satu antara perlumbaan yang paling mengujakan dalam kalendar Motocycle Grand Prix.
BMW R nineT melambangkan gaya elegan kasual yang tertumpu kepada elemen rekabentuk terpenting motosikal ini. BMW R nineT Pure yang baru menjelmakan intipati roadster tulen dan klasik yang tampak ringkas dengan komponen-komponen terpenting sahaja. BMW R nineT Racer yang terkini menampilkan gaya motosikal sports klasik ala sebuah cafe racer
Motorcycle Innovation dari Australia telah menerima dana baru untuk membina model TS3 “Shockwave” terkini. Kerangka TS3 yang semasa dibangun daripada 2012 dilengkapi dengan ‘Triangulated Steering and Suspension System’. TS3 Shockwave terbaru akan menggunakan enjin Testastretta 1198cc Ducati dengan berat keseluruhan 110kg.
Pusingan MotoGP kedua menyaksikan satu lagi kemalangan yang melibatkan Andrea Dovizioso yang disebabkan oleh penunggang lain. Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) telah menyebabkan Dovizioso terbabas apabila dia cuba untuk memotong namun telah hilang kawalan bahagian depannya semasa cubaannya itu. Walaupun jelas Espargaro bersalah dalam hal ini, Dovizioso mengecam Danilo Petrucci kerana menunggang secara semberono…
Litar Vilicum yang serba baru akan mengacarakan perlumbaan WorldSBK-nya yang pertama pada 2018 terletak di daerah San Juan, Argentina Litar ini sudah separuh siap dan akan memohon untuk disahkan oleh FIM pada hujung tahun 2017 Litar 4.2km ini mempunyai 19 selekoh keseluruhannya; sebelas selekoh kiri dan lapan selekoh kanan
Joan Mir (Leopard Racing) meneruskan penguasaannya pada musim ini dengan kemenangan kedua berturut-turut dalam Moto3. John McPhee (British Talent Team) mendapat tempat kedua selepas pertarungan sengit dengan lima penunggang yang lain. Jorge Martin (Del Consa Gresisi Moto3) melengkapkan podium di tempat ketiga.