WorldSBK: Litar Terbaru Argentina Akan Menjadi Tuan Rumah Buat Pertama Kalinya Pada 2018

  • Litar Vilicum yang serba baru akan mengacarakan perlumbaan WorldSBK-nya yang pertama pada 2018 terletak di daerah San Juan, Argentina
  • Litar ini sudah separuh siap dan akan memohon untuk disahkan oleh FIM pada hujung tahun 2017
  • Litar 4.2km ini mempunyai 19 selekoh keseluruhannya; sebelas selekoh kiri dan lapan selekoh kanan

Nampaknya Argentina akan menjadi negara ke-26 yang akan menganjurkan Superbike World Championship pada tahun 2018. Jika semuanya berjalan lancar, negara itu akan menjadi lokasi yang pertama di Amerika Selatan yang akan mengacarakan siri perlumbaan WorldSBK. Litar terbaru ini dinamakan Litar Vilicum terletak di daerah San Juan berdekatan dengan Route 40 yang cukup popular, kira-kira 1,117km jauh dari bandaraya utama Buenos Aires, ibu negara Argentina.

Litar Vilicum ini sedang dalam pembinaan dan ianya dikatakan telah siap separuhnya. Litar ini direka oleh Leonardo Stella ini telah memulakan pembinaannya pada bulan Oktober tahun lalu dengan pelan untuk membina sebuah litar sepanjang 4.2km dengan sejumlah 19 selekoh; sebelas selekoh kiri dan lapan selekoh kanan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta, ujarnya ” Tidak salah lagi bahawa ini merupakan satu berita yang baik. Mengetahui yang Argentina akan menganjurkan satu pusingan WorldSBK adalah satu langkah yang kukuh kehadapan. Kewujudan dua di antara kejohanan dunia yang terpenting dalam perlumbaan motosikal di Argentina mencerminkan keghairahan negara ini yang mempunyai sejarah yang begitu luas dan mendalam di dalam sukan permotoran.”

Litar ini akan memohon FIM untuk mengesahkan kelayakan mereka selewatnya pada akhir tahun ini untuk memastikan bahawa rancangan mereka unruk menganjurkan perlumbaan WorldSBK buat julung kalinya di Amerika Selatan akan tercapai pada tahun hadapan. Sudah pasti ianya satu penambahan yang menarik kepada kalendar perlumbaan ini.

TEKAN SINI untuk membaca lebih lanjut tentang pusingan terbaru WorldSBK yang baru sahaja dianjurkan di Aragon pada lebih seminggu yang lalu, di mana Chaz Davies dari pasukan Aruba.it Racing Ducati berjaya untuk memecahkan monopoli kemenangan penunggang pasukan Kawasaki Racing, Jonathan Rea.

Sumber : WorldSBK

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]