MotoGP: Dovizioso menuding jari ke Petrucci sebagai penyebab kemalangan, bukannya Espargaro

  • Pusingan MotoGP kedua menyaksikan satu lagi kemalangan yang melibatkan Andrea Dovizioso yang disebabkan oleh penunggang lain.
  • Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) telah menyebabkan Dovizioso terbabas apabila dia cuba untuk memotong namun telah hilang kawalan bahagian depannya semasa cubaannya itu.
  • Walaupun jelas Espargaro bersalah dalam hal ini, Dovizioso mengecam Danilo Petrucci kerana menunggang secara semberono yang mengakibatkan insiden
    antaranya dan Espargaro.


Dalam pusingan MotoGP yang baru berlangsung beberapa hari yang lalu di Litar Termas de Rio Hondo di Argentina, berlaku beberapa insiden yang kurang bernasib baik yang menyebabkan beberapa orang penunggang berprofil tinggi untuk menamatkan perlumbaan mereka sebelum waktunya. Antara penunggang yang agak malang ini adalah tidak lain dan tidak bukan Andrea Dovizioso dari Ducati.

Aleix Espargaro

Disebabkan oleh prestasi tayar yang lemah yang telah menjejaskan hampir kesemua penunggang, Dovizioso telah terbabas apabila Aleix Espargaro cuba
untuk memotongnya dalam separuh yang kedua perlumbaan itu. Semasa cubaannya itu, Espargaro telah hilang kawalan jentera Aprilia RS-GPnya dan dan melanggar Dovizioso dan mengakhiri perlumbaan itu lebih awal dari yang dijangkakan bagi kedua-dua penunggang berkenaan.

Keadaan ini hampir serupa dengan apa yang telah terjadi kepada Dovizioso di litar yang sama pada tahun lalu apabila bekas teman sepasukannya, Andrea
Iannone, telah melakukan perkara yang sama kepadanya di pusingan yang terakhir dan ini telah menyebabkan mereka berdua kehilangan tempat di atas
podium.

MotoGp Argentina 2016 (Sumber imej: Crash.net)

 

Menurut Motorsports.com, ianya telah menyatakan bahawa Dovizioso percaya bahawa keadaan yang menjurus kepada berlakunya kemalangan itu adalah penyebab utama sambil dia menghalakan kesalahan itu kepada penunggang OCTO Pramac Ducati, Danilo Petrucci. Dovizioso percaya sepenuhnya bahawa Petrucci telah menunggang dengan tidak bertanggungjawab dan merbahaya disebabkan kerana isu prestasi yang berkaitan dengan tayar belakang.

“Ketika saya di belakang Danilo dan dia telah pun kehabisan cengkaman pada tayar belakangnya, dan dia menunggang dengan cara yang teruk sekali,” ujar
Dovizioso. “Dia telah menghentikan banyak penunggang dengan pembrekan dengan cara yang aneh, dan saya fikir ianya terlalu kerap. Semua penunggang
cuba mengguna gaya sebegitu, namun cara yang digunakannya, ianya amat teruk. Saya cuba untuk memotongnya dari sebelah dalam dan dia membrek
dengan lewat dan menutup ruang itu,”

“Cari begini ternyata amat buruk sekali kerana dia tidak memberikan saya ruang untuk melakukan sesuatu. Anda tidak akan dapat untuk membrek sepertinya, jenteranya lebih berat dan dia dapat membrek lebih keras, ini tidak adil. Ianya tidaklah keterlaluan, namun ianya masih tidak adil. Perkara inilah yang menyebabkan kemalangan itu.”

“Saya hampir melanggarnya, dan Aleix melakukan kesilapan dengan cubaannya itu. Tentu sekali kesilapan itu adalah berpunca dari Aleix, tetapi segalanya yang berlaku bermula dari perbuatan Danilo.”

Danilo Petrucci menamatkan perlumbaannya di tempat ketujuh, lebih daripada 20 saat di belakang pemenang perlumbaan, Maverick Vinales dari pasuka
Movistar Yamaha MotoGP. TEKAN SINI bagi membaca dengan lebih lanjut tentang sorotan utama perlumbaan berkenaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.