Motocycle Innovation Merancang Untuk Membina TS3 “Shockwave” Baru

  • Motorcycle Innovation dari Australia telah menerima dana baru untuk membina model TS3 “Shockwave” terkini.
  • Kerangka TS3 yang semasa dibangun daripada 2012 dilengkapi dengan ‘Triangulated Steering and Suspension System’.
  • TS3 Shockwave terbaru akan menggunakan enjin Testastretta 1198cc Ducati dengan berat keseluruhan 110kg.

Berikutan dari satu pengumuman yang dibuat oleh Motorcyle Innovation dari Australia melalui laman Facebook mereka, pengeluar motosikal prototaip inovatif ini telah menerima sejumlah dana yang besar bagi menbangunkan sebuah model TS3 yang serba baru yang diberi nama ‘Shockwave’.

Mengapa perlu kita semua ambil perhatian kepada syarikat yang bertapak di Australia ini? Ini disebabkan kerana mereka telah berjaya membangunkan satu sistem yang dinamakan ‘Triangulated Steering and Suspension System‘ yang melengkapi prototaip semasa mereka yang diberi nama Motoinno TS3.

Syarikat ‘start up’ ini telah pun dalam usaha membangunkan model TS3 mereka sejak tahun 2012 dan dengan nilai lebih daripada 500,000 Dollar Australia pelaburan oleh Kerajaan Queensland dan syarikat persendirian ACAC Innovation, mereka telah bersedia untuk menginjak persempadanan teknologi ke aras yang tertinggi.

Sistem semasa mereka sebagai sebahagian daripada kerangka motosikal telah mencapai hasil yang positif menunjukkan bahawa teknologi TS3 ini lebih stabil bila dibandingkan dengan teknologi fork teleskopik yang tradisional yang telah diterap secara meluas dalam dunia motosikal. Sistem stereng dan suspensi yang inovatif ini dijangka dapat mengatasi had yang telah ditetapkan oleh fork teleskopik konvensional.

Menurut Australian Motorcycle News, model TS3 yang semasa dijana oleh enjin 900SS 904cc Ducati dan melepasi selekoh sesaat lebih pantas apabila
dibandingkan dengan Suzuki GSX-R750. Bayangkan sahaja betapa pantasnya Shockwave terbaru akan dapat lakukannya dengan enjin 1198cc Testastretta.
Saksikanlah video eksklusif mereka berkenaan model TS3 semasa ini.

Menurut kepada pengasas Motorcycle Innovation dan juga pencipta sistem TS3, Ray Van Steenwyk, “Model Shockwave akan menggunakan enjin V-
berkembar Testastretta Ducati. Ini akan membolehkan struktur lengan buai hadapan dan belakangnya diperbuat daripada komposit karbon secara
sepenuhnya, keluli berkualiti tinggi yang direka untuk mengukuhkan dan pada masa yang sama meringankan berat keseluruhan motosikal sehingga sekitar
110kg sahaja. Ianya bagai menunggang sesuatu yang hanya separuh daripada berat model dari mana enjin ini diambil,”

“Dengan pengayaan yang unik serta komponen yang dipatenkan, model Motoinno Shockwave akan menetapkan tahap yang baru bagi pengendalian dan pembrekan, serta juga untuk nisbah kuasa ke berat bagi motosikal.”

Sumber imej: MCN

Mereka juga telah merancang untuk pembanguna lanjutan bagi kegunaan litar malah untuk bertanding perlumbaan Moto2 siri European CEV menjelang 2018. Dengan hasilnya yang menunjukkan stabiliti ketika pecutan, membrek, dan kendalian di selekoh yang lebih baik, Ianya tidak menghairankan jika para pengeluar akan mula untuk menerapkan teknologi ini untuk pengeluaran.

Hanya masa sebagai penentu sama ada ia akan menjadi masa depan dunia motosikal. Buat masa kini, hayatilah keindahan jentera TS3 ini serta keunikan dan sifat perintisan sistem stereng dan suspensinya seperti yang diulas di atas oleh penunggang Isle of Man TT dan anak jati Australia, Cameron Donald. Bak kata mendiang Steve Irwin yang hebat, “What a Beauty!

Sumber: Motorcycle Innovation

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

14 Replies to “Motocycle Innovation Merancang Untuk Membina TS3 “Shockwave” Baru”

Leave a Reply