Jam Tangan Kronograf Kawasaki terbaru “ZRX since 1997” – €149 (RM703)

 

  • “ZRX since 1997” telah dibuat sebagai penghormatan kepada motosikal ‘naked‘ legenda Kawasaki, ZRX 1100 dan ZRX 1200.
  • Terdapat dalam dua warna menarik: kemasan Hitam Matte dengan sama ada muka berwarna hijau atau hitam.
  • Jam tangan ini boleh didapati di z900.us pada harga €149 (kira-kira RM703).

Menjelang tibanya ulang tahun ke-20 motosikal legenda dari Kawasaki, ZRX, teman kita dari www.z900.us telah membawakan koleksi jam terkini mereka
yang dinamakan “ZRX since 1997”. Jam tangan ini telah direka sebagai penghormatan kepada salah satu motosikal pengeluaran Kawasaki yang paling ikonik sepanjang masa, Kawasaki ZRX 1100 1997 dan ZRX 1200 1997.

Jam berkualiti tinggi ini telah diperbuat di Jeman dengan rekabentuk maskulin yang ketara. Melihat pada kemasan hitam matte yang baru pada setiap satu jam ini mengingatkan kepada motosikal ‘naked‘ Kawasaki yang diraikan pada suatu masa yang lalu.

Jam Kawasaki terbaru ini boleh didapati dalam dua warna; Matte Black serta Hijau. Bekas keluli tahan karat bersaiz XL yang berbentuk ‘sporty’ ini yang
berdiameter sehingga 43mm ini dilegapkan secara elektronik dan menyediakan latar belakang sempurna untuk pemuka jam hijau terang yang memaparkan logo “ZRX since 1997”.

Seperti kebanyakan jam tangan yang ada di pasaran, masa telah ditetapkan persis dengan kepersisan kuartz serta dengan pelbagai fungsi lain seperti jam
randik ukuran saat, paparan masa berpecah 60-minit, paparan masa 24-jam dan juga fungsi tarikh.

Teringin untuk memiliki jam tangan ini? Jam tangan kronograf ulangtahun Hitam Matte “ZRX since 1997” boleh didapati atas talian untuk €149 (sekitar RM703 selepas pertukaran matawang tidak termasuk penghantaran) di www.z900.us. Dapatkannya dengan segera!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

3 Replies to “Jam Tangan Kronograf Kawasaki terbaru “ZRX since 1997” – €149 (RM703)”

Leave a Reply