Motosikal TVS Apache RR 310 2018 yang telah ditunggu-tunggu telah pun dilancarkan semalam atas kerjasama antara TVS Motor Company dan BMW Motorrad. Menggunakan enjin 313cc satu silinder dan casis yang sama seperti BMW G 310 R 2017 dan BMW G 310 GS 2017, motosikal Apache RR 310 ini menghasilkan 34hp dan 28Nm tork. Motosikal TVS…
Author: Zarul Faiz
Enjin motosikal adalah jiwa sesebuah motosikal. Tidak semua enjin tampak serupa dan ada segelintir daripadanya yang amat cantik sekali. Ianya bukan sahaja sebagai pelengkap motosikal legenda, tetapi, sering kali menjadi punca motosikal yang dirumahi itu berstatus legenda.
Motosikal TVS Apache RR310S 2018 bakal diperkenalkan dalam masa beberapa jam lagi yang mana pelancarannya akan dilangsungkan di India. TVS bersama dengan BMW Motorrad telah berkerjasama bagi membina motosikal lumba tahap permulaan terbaru ini. Dan oleh sebab ini, motosikal terbaru TVS Apache RR310S ini akan menggunakan enjin satu silinder 313cc yang sama boleh didapati…
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Kehadiran X-1R di Motonation 2017 adalah bagi menyorotkan perhatian kepada manfaat produk tambahan untuk motosikal dan kereta anda. Ke semua produk-produk mereka telah dipertonjolkan sewaktu festival selama tiga hari berkenaan. Hampir kesemua produk berkenaan boleh digunakan dengan selamat di dalam motosikal.
Sewaktu festival tiga hari Motonation 2017 yang telah diadakan di PICC, Putrajaya, WD-40® telah memperagakan keseluruhan produk tawaran mereka yang amat menakjubkan. Rangkaian WD-40® Specialist™ Automotive telah ditonjolkan sepanjang demonstrasi yang telah dilakukan ke atas KTM 1290 Super Adventure T. Rangkaian itu terdiri daripada Chain Lube, Belt Dressing, Machine & Engine Degreaser, Throttle Body,…
Suzuki telah mengumumkan bahawa motosikal Suzuki GSX-R1000 dan GSX-R1000R 2018 mereka akan boleh didapati dalam warna baru pada tahun hadapan. Skema warna putih keseluruhan dengan kemasan garisan biru boleh didapati buat kedua-dua model berkenaan. Bagi mereka yang menggemari GSX-R1000R, ianya juga didatangkan dengan pilihan warna yang berlainan iaitu skema warna hitam yang menggerunkan dengan kemasan…
Di antara pelbagai syarikat yang telah hadir di festival Motonation 2017, ada beberapa yang telah menarik perhatian kami. Terdapat pelbagai syarikat yang telah hadir sewaktu acara berkenaan namun syarikat-syarikat ini adalah khusus untuk pengguna motosikal. Kami berharap lebih banyak lagi syarikat yang lain akan menghadiri festival Motonation yang akan datang.
Eastern Bobber bersama dengan motosikal buatan khas yang menakjubkan mereka itu bakal menjadi wakil pertama dari Malaysia yang akan bertanding di AMD World Championship of Custom Bike Building di Jerman pada tahun hadapan. Pertandingan motosikal buatan khas yang telah dianjurkan semasa karnival Motonation di Putrajaya pada hujung minggu lalu telah menyaksikan lapan penyertaan dari…
Neil Blaber dari AMD Magazine telah dijemput bagi mengadili pertandingan motosikal buatan khas Motonation dan Modenas SUPERB MOD. Motonation bakal menaja pembina serta motosikal pemenang untuk menghadiri Kejohanan Dunia di Intermot. Neil berasa amat kagum dengan kualiti serta tahap kreativiti para pembina Malaysia.