TVS Apache RR310S 2018 Dipratontonkan, Lengkap Dengan VIDEO!

 

  • Motosikal TVS Apache RR310S 2018 bakal diperkenalkan dalam masa beberapa jam lagi yang mana pelancarannya akan dilangsungkan di India.
  • TVS bersama dengan BMW Motorrad telah berkerjasama bagi membina motosikal lumba tahap permulaan terbaru ini.
  • Dan oleh sebab ini, motosikal terbaru TVS Apache RR310S ini akan menggunakan enjin satu silinder 313cc yang sama boleh didapati pada motosikal BMW G 310 R 2017 dan BMW G 310 GS.

Tinggal beberapa jam lagi sebelum pengenalan rasmi bagi motosikal yang amat dinanti-nantikan, TVS Apache RR310S 2018, yang akan berlangsung di India, motosikal lumba tahap permulaan terbaru di pasaran ini dikatakan bakal memberi saingan yang sengit buat pengeluar lain dalam kategori berkenaan.

Apakah yang telah menjadikan motosikal ini amat istimewa bagi India serta untuk seluruh dunia? Ianya kerana motosikal ini adalah produk yang telah dibina berasaskan sebuah pakatan di antara TVS serta BMW Motorrad yang telah menjadikannya amat menarik sekali, kerana kami tidak sabar untuk menyaksikan sendiri apakah kebolehan motosikal lumba 300cc berasaskan kejuruteraan Jerman ini.

Dan hasil kerjasama dengan BMW Motorrad itu, motosikal TVS Apache RR310S 2018 ini akan menggunakan penjana kuasa yang sama seperti yang ada pada BMW G 310 R 2017 dan BMW G 310 GS. Ianya juga bermakna yang enjin satu silinder 34hp yang berkebolehan ini akan dilitupi dengan pakej yang lebih berorientasikan perlumbaan.

Secara peribadinya kami telah menunggang uji motosikal BMW G 310 R 2017 secara ekstensif sewaktu penunggangan kami ke acara BMW Nightfuel di Pulau Pinang beberapa bulan yang lalu. Walaupun ianya sebuah enjin yang serba boleh dengan kebolehan perjalanan jarak jauh yang mengagumkan (atas jasa pelananya yang selesa), enjin yang sama ini pasti akan lebih menakjubkan di atas litar sekiranya ia dibekalkan dengan casis yang berkebolehan dan sedikit penalaan semula.

Walaupun pelancaran motosikal TVS Apache RR310S 2018 ini telah pun dilenggahkan buat beberapa ketika sebelum ini, ia mempunyai potensi untuk menjadi pesaing yang sengit buat kebanyakan motosikal lumba tahap permulaan dalam kategorinya itu. Warga Malaysia mungkin memerlukan dorongan yang lebih untuk memiliki motosikal ini (sekiranya ianya dibawa masuk pada masa yang akan datang) memandangkan mereka perlu mendapatkan lesen B Penuh bagi membolehkan mereka menunggangi motosikal yang hanya 63cc lebih tinggi dari paras 250cc itu.

Walau bagaimana pun, TVS tampak siap siaga untuk memperkenalkan motosikal yang amat menggiurkan ini ke dalam pasaran motosikal lumba yang senantiasa berkembang dengan pesat. Berdasarkan kebolehan TVS yang dapat dilihat pada motosikal Akula 310 yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan TVS Racing, potensi motosikal Apache RR310S ini semakin lama makin mengujakan kami di sini.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply