Beberapa Patah Kata Bersama Neil Blaber

 

 

  • Neil Blaber dari AMD Magazine telah dijemput bagi mengadili pertandingan motosikal buatan khas Motonation dan Modenas SUPERB MOD.
  • Motonation bakal menaja pembina serta motosikal pemenang untuk menghadiri Kejohanan Dunia di Intermot.
  • Neil berasa amat kagum dengan kualiti serta tahap kreativiti para pembina Malaysia.

 

Kami telah berpeluang untuk bertemu serta bersembang dengan Neil Blaber dari AMD Magazine di karnival Motonation yang telah diadakan di PICC baru-baru ini.Neil telah dijemput oleh penganjur acara Motonation ini untuk mengadili pertandingan motosikal buatan khas yang telah diadakan.

Ianya sebuah peluang keemasan kerana Motonation bakal menaja penyertaan pemenang pertandingan tersebut untuk menghadiri “AMD World Championship of Custom Bike Building 2018”, yang akan diadakan sewaktu Intermot Show di Cologne, Jerman (TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai liputan Motonation serta laporan mengenai pertandingan tersebut.

MotoMalaya: Bagaimanakah caranya AMD mengadakan pertunjukan motosikalnya?
Neil Blaber : Cari kami menjalankan pertunjukan motosikal dan pertandingan sedikit berlainan daripada cara yang telah kami jalankan sebelum ini. Kami pernah ada peserta yang menyertakan motosikal mereka dalam lebih daripada satu kelas, dan ianya tidak akan kami ulangi sama sekali. Ianya satu malapetaka, kerana cara kami melakukan pengadilan adalah dengan ke semua peserta mengundi motosikal teman setara mereka.

Kami juga ada beberapa hakim VIP, tetapi mereka selalunya adalah pembina yang tidak menyertakan motosikal binaan mereka dalam pertandingan. Terdapat juga wartawan yang dipercayai yang tidak akan hanya memilih teman-teman mereka sahaja, selain daripada pakar-pakar lain di dalam industri yang tahu apa yang ingin mereka cari.

Ianya diadakan seperti satu kaji selidik di kalangan pakar. Jika anda fikir mengenai dengan betul-betul, siapa lagi yang lebih layak menentukan apakah yang terbaik selain mereka-mereka ini. Anda ada ke semua pakar di situ dan sekiranya penghakimannya ditentukan oleh empat orang sahaja, ianya sia-sia sahaja.

Jadi, pada akhirnya nanti, sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, sekurang-kurangnya mereka tahu yang ianya adil kerana pertandingan itu diadili teman setara.

Pada penghujung harinya, terdapat ratusan kertas undian yang perlu dikira. Mengira kertas undi adalah satu tugas yang berat, sering kali saya akan berjaga sehingga jam 4 pagi, mengira-ngira keputusannya. Saya mengambil maklum balas daripada kertas undi itu dan masukkannya ke dalam “spreadsheet” bagi menjadualkan ke semua keputusan.

Mereka akan mengundi untuk 12 motosikal kegemaran mereka, yang paling digemari akan menerima 15 mata, tempat ke-dua akan mendapat 12 mata, ke-tiga akan mendapat 9, kemudiannya 7,6,5,3,2,1. Ini bermakna mendapat undian tempat teratas tidak bermakna anda mendapat kelebihan yang besar. Pada penghujung harinya, motosikal yang memenangi pertandingan ini selalunya adalah motosikal yang mendapat undian yang agak tinggi daripada ke semua pengundi. (Apa yang Neil maksudkan di sini adalah penyertaan itu mestilah bagus secara keseluruhannya.)

Anda mungkin akan mendapat motosikal berkontroversi yang telah diundi di tempat pertama oleh tiga orang tetapi tidak oleh selebihnya, dan pada masa yang sama anda mendapat sebuah motosikal yang diundi di tempat ke-tiga atau pun ke-lima oleh semua orang dan ianya memenangi pertandingan itu.

MotoMalaya: Adakah pengadilan rakan setara dijalankan di kebanyakan pertunjukan motosikal?
Neil Blaber : Ianya dijalankan di kebanyakan pertunjukan motosikal tetapi tidak banyak yang melakukannya dengan betul.

Sebagai contoh, anda perlu ada motosikal yang cukup untuk dipertandingkan, kerana sekira anda hanya menanyakan motosikal yang manakah kegemaran mereka, anda akan mendapat hasil yang sama sahaja. Namun, sekiranya ada motosikal yang mencukupi, dan sekiranya ada beberapa orang hakim yang tidak gemarkan jenis motosikal yang tertentu dan meletakkan di tempat terakhir, motosikal itu masih dapat mengutip mata.

Sesetengah pertunjukan hanya mencari Tiga Teratas dan taburannya tidak mencukupi bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang dirasakan oleh semua orang.

Sesetengah orang amat tidak suka perasaan tidak menang dan ianya lebih teruk sewaktu Kejohanan Dunia. Mereka mungkin sekali telah meluangkan masa selama dua tahun, atau pun lebih mencurahkan keringat ke atas motosikal mereka hanya untuk menyaksikannya mendapat tempat ke-50, dan anda pasti akan terasa kepedihannya itu.

Kami menganugerahkan hingga ke tempat ke-10 dalam kelas bebas, dan Tiga Teratas pada kelas-kelas yang lain, kerana kelas-kelas yang lain mempunyai bilangan penyertaan yang lebih kecil.

MotoMalaya: Pandangan anda tentang apa yang telah anda saksikan pada hujung minggu ini?
Neil Blaber : Sejujurnya, saya tidak tahu apa yang boleh saya jangkakan daripada para pembina dari Malaysia dan saya amat kagum dengan apa yang telah saya saksikan pada hujung minggu ini. Kelapan-lapan finalis telah menghasilkan ciptaan yang amat menakjubkan sekali.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]