Presiden Republik Indonesia baru sahaja memperolehi sebuah motosikal buatan khas Royal Enfield semalam. Motosikal chopper buatan khas janaan enjin 350cc Royal Enfield itu telah dibina oleh Elders Garage dari Indonesia. Ianya telah diinspirasikan daripada sebuah filem pendek separa dokumentari tempatan bertajuk “Chopperland”.
Author: Zarul Faiz
Boon Siew Honda dengan secara rasminya telah melancarkan bilik pameran konsep Honda Impian X mereka yang pertama di Gelang Patah, Johor. Dikendalikan oleh Swee Seng Heng Sdn. Bhd., bilik pameran Honda Impian X tersebut bertumpukan kepada jualan dan kepakaran selepas jualan berfokuskan motosikal Honda 300cc ke bawah. Lebih banyak bilik pameran Honda Impian X akan…
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) akan menganjurkan satu kempen keselamatan jalan raya pada 25 Januari 2018 di plaza tol Sungai Besi (arah selatan). Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018 ini akan bermula dari jam 9 pagi sehingga pukul 6 petang. Kempen keselamatan jalan raya ini terbuka bagi ke semua penunggang motosikal tidak mengira jenis serta jenama…
GIVI Malaysia telah membuka satu lagi GIVI Point yang terletak di Johor Bahru berhampiran Jalan Tampoi. Ianya merupakan GIVI Point yang ketiga dilancarkan selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Bagi mereka yang membeli sebuah kotak dari GIVI Point Johor Bahru bermula sekarang hingga 19 Februari 2018 akan menerima sebuah unit lampu brek ketiga secara percuma.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) kini sudah mula menawarkan Kawasaki Z900 ABS Edisi Khas 2018 dalam warna serba baru, Candy Persimmon Red. Skema warna merah terbaru ini dipertingkatkan lagi dengan kemasan garisan Metallic Spark Black bagi memberikannya rupa paras yang lebih garang. Berharga RM50,959 (harga asas beserta GST), motosikal Kawasaki Z900 ABS 2018 ini menghasilkan 123hp…
Kebanyakan penunggang baru hari ini dengan mudahnya dapat bertukar dari motosikal kapcai ke motosikal lumba atau naked. Dalam jangkauan di antara 200cc hingga 500cc, motosikal tahap permulaan ini semakin meningkat permintaannya dan para pengeluar telah menyedari akan hal ini. Motosikal lumba dan naked seperti KTM RC390 dan 390 Duke telah menjadi tunggangan pilihan utama, malah…
Motosikal moden tidak boleh hidup tanpa bateri. Teknologinya telah berkembang maju dari tahun ke setahun. Mengetahui bagaimana ia berfungsi adalah sama penting seperti mengetahui cara memilihnya dan penyelenggaraanya.
Penunggang MotoGP Jonas Folger telah mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding dalam musim 2018 MotoGP. Setelah gagal untuk pulih secara fizikal dan mental, penunggang berusia 24 tahun dari Jerman itu telah membuat keputusan tersebut walaupun setelah melalui satu musim sebagai penunggang ‘rookie’ yang amat memberangsangkan pada tahun 2017. Folger telah didiagnos dengan keadaan genetik yang…
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan motosikal perlumbaan yang diperlukan untuk para penunggang muda yang dipilih untuk menyertai program SIC “Impian ke MotoGP”. Beberapa buah unit motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang telah ditala untuk perlumbaan yang akan digunakan oleh penunggang-penunggang tersebut untuk berlatih di bawah kelolaan Zulfahmi Khairuddin. Kawasaki Malaysia dikenali…