Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) dengan secara rasminya telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018 pada awal hari ini. Ini adalah tahun yang ketiga berturut-turut KMSB telah menganjurkannya di Plaza Tol Sungai Besi bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya. Ke semua penunggang motosikal akan boleh melakukan pemeriksaan keselamatan motosikal mereka secara percuma tanpa…
Author: Zarul Faiz
Seminar Tayar Pirelli telah kembali di Passion Shop Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalami lagi mengenai dunia tayar motosikal. Seminar tahap pertengahan ini lebih bertumpukan kepada jenis kerosakan tayar dan apakah yang telah menyebabkannya. Mengetahui tentang keadaan tayar anda seperti kehausan yang tidak sekata dan kerosakan luaran dapat membantu anda menentukan penyebabnya dan bagaimana menanganinya…
Triumph Motorcycles telah menayangkan sebuah video usikan motosikal Triumph Street Triple 2018 terbaru mereka. Dibintangi Carl Fogarty dan Gary Johnson, motosikal Speed Triple terbaru telah dibayangkan sebagai “motosikal hooligan terbaik”. Skrin TFT yang serba baru telah kelihatan di dalam video tersebut dan maklumat tambahan akan disampaikan sewaktu pelancarannya pada 29 Januari 2018.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima 871 buah motosikal Kawasaki Z250 dan KLX KLX250 bagi memperkuatkan lagi unit rondaan URB mereka. Upacara penyerahan telah diadakan semalam di markas Pasukan Gerakan Am berhampiran Bukit Kayu Hitam, Kedah. Ke semua motosikal scrambler Kawasaki KLX250 akan membantu dalam rondaan kawasan bersempadan dengan Thailand yang mana meliputi kawasan…
Motosikal Ducati Panigale V4 R 2019 telah dilihat sedang diuji di Jerez bersama dengan pasukan pengilang Ducati WorldSBK. Dibina untuk perlumbaan dan bagi mematuhi peraturan baru WorldSBK, varian R ini akan menggunakan enjin V4 1,000cc. Motosikal Panigale V4 R ini dijangka akan dilancarkan dalam bulan Julai sewaktu “World Ducati Week 2018”.
Ekzos sistem sepenuhnya siri Yoshimura Alpha Race kini boleh didapati bagi motosikal Kawasaki Ninja 650 dan Kawasaki Z650 ABS. Ekzos sistem sepenuhnya ini menjanjikan pengurangan berat sehingga 4.4kg dan peningkatan kuasa sehingga 6.1% serta 3.1% untuk tork. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Yoshimura di Malaysia, anda bolehlah merujuk dengan pengedar sah di…
Pembahagi jalan laluan basikal yang baru dipasang di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur telah mendapat kritikan ramai baru-baru ini. Ramai orang telah menyuarakan rungutan mengatakan yang pembahagi jalan berkenaan merbahaya manakala cat biru yang digunakan terlalu licin terutamanya sewaktu hujan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang menanggalkan pembahagi-pembahagi jalan tersebut di samping pihak bertanggungjawab yang…
Skuter Biski adalah sebuah skuter amfibia yang secara asasnya boleh ditunggang di atas jalan raya mahu pun air. Dengan menekan sebuah butang, anda boleh menukar motosikal tersebut menjadi sebuah jet ski dalam masa kurang dari lima saat. Gibbs Amphibians telah dikenali ramai kerana jentera menakjubkannya yang lain seperti Triski dan Quadski.
Juara Isle of Man TT 15 kali akan menyertai ujian musim sejuk di Sepang pada hari Ahad ini. Dunlop, bersama dengan Toni Elias, Josh Waters, dan Slyvain Guintoli akan melakukan catatan masa pusingan di atas litar di atas jentera MotoGP Suzuki GSX-RR. Suzuki telah memberikan peluang kepada Dunlop sebagai penghargaan buatnya yang telah memenangi…