Motosikal elektrik keluaran Harley-Davidson yang pertama bakal membuat kemunculannya seawal tahun 2019. Berdasarkan motosikal konsep LiveWire mereka yang telah mendapat sambutan yang hangat, motosikal elektrik ini adalah salah sebuah di antara 100 model terbaru yang akan diperkenalkan oleh jenama tersebut dalam perancangan 10 tahun mereka. Berita mengujakan ini datang bersama dengan pengumuman kejatuhan hasil…
Author: Zarul Faiz
Treler filem terbaru untuk filem Ant-Man telah menampilkan satu kerjasama bersama Triumph Motorcycles. Beberapa buah motosikal Triumph Thruxton R dapat dilihat dalam treler berkenaan mengejar Ant-Man dan teman sampingan barunya, The Wasp. Filem Ant-Man yang baru ini akan ditayangkan pada bulan Julai 2018.
Husqvarna menyertai senarai pengeluar yang terjejas akibat panggilan semula silinder utama Brembo di seluruh dunia. Silinder utama radial PR16 mereka yang amat popular itu sering digunakan bersama angkup Brembo M50 dan didapati cenderung untuk merekah. Ke semua model Husqvarna FS 450 Supermoto yang dikilangkan dari tahun 2015 hingga 2018 telah terjejas akibatnya.
KTM Malaysia telah mengesahkan arahan yang dikeluarkan oleh Ibu pejabat KTM di Austria. Motosikal yang terjejas adalah sesetengah unit tertentu dalam rangkaian 1290 Super Duke. Pihak KTM akan menghubungi semua pemilik motorsikal yang disahkan dalam masa yang terdekat.
Khabar angin MotoGP terbaru telah menuding kepada kemungkinan Hafizh Syahrin akan mengorak langkah ke kelas premier untuk berlumba dengan pasukan Monster Yamaha Tech 3. Oleh kerana Jonas Folger terpaksa berehat bagi musim 2018, pengurus pasukan Herve Poncharal telah sibuk mencari penggantinya. Tiada apa yang telah disahkan lagi buat masa ini tetapi nama Hafizh Syahrin sudah…
Ujian musim sejuk Sepang MotoGP 2018 menyaksikan Jorge Lorenzo dari pasukan Ducati menetapkan catatan masa terpantas dengan 1:58.830. Dani Pedrosa dari Repsol Honda mengekori rapat di belakang di atas jentera Honda RC213V-nya dengan catatan masa 1:59.009. Cal Crutchlow (LCR Honda CASTROL) melengkapkan tiga teratas dengan catatan masa 1:59.052.
Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 merupakan permulaan yang mengujakan untuk musim ini. Jentera-jentera MotoGP tahun ini lebih pantas lagi. Keputusan yang diperolehi menunjukkan taburan motosikal yang lebih pelbagai dari pasukan-pasukan yang berbeza.
Empat orang pengunjung festival Motonation yang bertuah telah mendapatkan kad Miles Petron mereka hari ini yang diisi dengn mata bernilai RM1,000 setiap satu. Kad Miles Petron tersebut merupakan sebahagian daripada hadiah cabutan bertuah yang dihadiahkan ketika acara Motonation yang telah berlangsung pada penghujung tahun lalu di PICC. Petron Malaysia juga turut menaja minyak petrol…
Triumph Motorcycles telah menayangkan video usikan motosikal Triumph Speed Triple 2018 yang kedua. Klip kedua tersebut telah memperagakan kekuasaan serta kelincahan motosikal berkenaan di bawah kawalan Carl Fogarty dan Gary Johnson. Pelancaran rasmi motosikal ini akan diadakan pada 5 Februari 2018.