ads

Video Usikan Triumph Speed Triple 2018 Kedua Ditayangkan

 

  • Triumph Motorcycles telah menayangkan video usikan motosikal Triumph Speed Triple 2018 yang kedua.
  • Klip kedua tersebut telah memperagakan kekuasaan serta kelincahan motosikal berkenaan di bawah kawalan Carl Fogarty dan Gary Johnson.
  • Pelancaran rasmi motosikal ini akan diadakan pada 5 Februari 2018.

Pada minggu yang lalu, Triumph Motorcycles telah menayangkan sebuah video usikan yang agak menakjubkan mengenai motosikal terbaru mereka yang bakal kunjung tiba, Triumph Speed Triple 2018. Membintangi video tersebut adalah yang tidak lain dan tidak bukan, juara perlumbaan superbike dunia tujuh kali, Carl Fogarty, dan pemenang perlumbaan Isle of Man TT sebanyak dua kali, Gary Johnson.

Untuk membaca artikel mengenai video usikan Triumph Speed Triple 2018 yang pertama, tekan pautannya di bawah ini

Video Usikan Triumph Street Triple 2018 Ditayangkan – “Motosikal Hooligan Terhebat?”

Dengan nama gelaran “The Ultimate Hooligan”, Triumph sekali lagi telah mengusik kita dengan satu lagi klip pada tarikh yang kita jangka pada mulanya merupakan tarikh pelancaran motosikal Speed Triple terbaru ini. Untuk klip video kali ini, kedua-dua perwira jalan raya ini telah bertarung bagi menentukan siapakah yang terhebat di atas jentera Triumph yang baru ini.

Berdasarkan klip video berkenaan, kami mengandaikan bahawa motosikal Triumph Speed Triple 2018 ini bakal menjadi model motosikal mereka yang paling berkuasa dan berteknologi paling canggih setakat ini. Walaupun kebanyakan daripada ciri-cirinya masih belum disahkan buat masa ini, kami pasti bahawa jentera buas baru ini datang lengkap dengan skrin TFT canggih Triumph.

Apa yang lebih mengejutkan kami adalah kedua-dua Fogarty dan Johnson telah menunggang motosikal dengan logo “RS” pada reraup sisi, bersama dengan tabung ekzos ‘Arrow’ berganda. Mungkinkah motosikal Speed Triple terbaru ini adalah Triumph Speed Triple RS 2018?

Video berkenaan juga telah memperagakan betapa lincah serta dinamiknya motosikal tersebut di bawah kendalian penunggang berbakat besar, Fogarty dan Johnson. Diakhiri dengan mesej “All will be revealed” bersama dengan tarikh 5 Februari 2018, kami hanya datang menanti dengan penuh debar sebelum pelancaran rasminya.

TIDAK.SABAR.RASANYA!

Leave a Reply