Husqvarna Turut Terjejas Akibat Panggilan Semula Silinder Utama Brembo

  • Husqvarna menyertai senarai pengeluar yang terjejas akibat panggilan semula silinder utama Brembo di seluruh dunia.
  • Silinder utama radial PR16 mereka yang amat popular itu sering digunakan bersama angkup Brembo M50 dan didapati cenderung untuk merekah.
  • Ke semua model Husqvarna FS 450 Supermoto yang dikilangkan dari tahun 2015 hingga 2018 telah terjejas akibatnya.

Setelah KTM Malaysia mengesahkan bahawa model-model Super Duke mereka akan dipanggil semula oleh sebab unit silinder utama brek radial Brembo PR16 mereka, telah tersebar pula berita mengenai Husqvarna yang juga turut terjejas akibat panggilan semula yang berlaku di seluruh dunia. Panggilan semula besar-besaran ini sedang berlaku di seluruh dunia akibat unit silinder utama radial PR16 yang sering digandingkan dengan angkup Brembo M50.

Model yang bakal dipanggil semula oleh Husqvarna adalah ke semua FS 450 Supermoto yang dikilangkan dari tahun 2016 hingga 2018. Menurut Brembo, “Oleh kerana pemeriksaan kualiti yang tetap terhadap proses pengilangannya, kami telah menemui satu kemungkinan sebuah kecacatan pada omboh unit silinder utama radial hadapan (15mm dan 16mm diameter), dijual di antara tahun 2015 dan 2017 dan dipasangkan pada sesetengah model motosikal.”

“Brembo dengan segera telah memaklumkan para pengeluar mengenai masalah ini supaya para pemilik bagi motosikal yang terjejas boleh dimaklumkan dan dijemput bagi menggantikan kelengkapan berkenaan di pengedar yang terdekat.”

Untuk membaca keseluruhan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Brembo, tekanlah pautannya di bawah ini.

Brembo Keluarkan Kenyataan Rasmi Mengenai Panggilan Semula Silinder Utama PR16

Walaupun Husqvarna telah mengesahkan panggilan semula tersebut bagi ke semua model 450 Supermoto mereka di seluruh dunia, tiada lagi berita sama ada model-model di Malaysia juga turut terjejas. Sekiranya model-model di Malaysia ini terjejas, pemilik boleh menjangkakan ketibaan surat dari pengedar atau pengeluar dalam masa yang terdekat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda juga boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah pengeluar berkenaan.

https://youtu.be/6dHIjioyeHo

Husqvarna FS 450 2018 Diumumkan – Idaman Penggemar Supermoto

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]