Motosikal Triumph Dalam Filem Ant-Man Terbaru?

  • Treler filem terbaru untuk filem Ant-Man telah menampilkan satu kerjasama bersama Triumph Motorcycles.
  • Beberapa buah motosikal Triumph Thruxton R dapat dilihat dalam treler berkenaan mengejar Ant-Man dan teman sampingan barunya, The Wasp.
  • Filem Ant-Man yang baru ini akan ditayangkan pada bulan Julai 2018.

Marvel Studio baru sahaja menayangkan treler untuk filem Ant-Man yang terbaru. Untuk kali ini, ia akan memaparkan aksi Ant-Man dan The Wasp memerangi para penjahat dan mereka akan disertai oleh sebuah pengeluar motosikal yang baru dalam MCU; Triumph Motorcycles.

Ianya merupakan satu kejutan memandangkan hampir ke semua filem Marvel sebelum ini akan memperagakan motosikal Harley-Davidson (yang paling popular sekali sudah semestinya motosikal LiveWire tunggangan Black Widow dalam filem Avengers: Age of Ultrons), filem terbaru dalam cakerawala sinematik Marvel ini telah memperagakan sebuah motosikal Triumph Thruxton R dalam sebuah aksi kejar-mengejar berkelajuan tinggi.

Ianya agak memeritkan apabila menyaksikan penjahat merebahkan motosikal tersebut namun oleh kerana si hero telah mencampakkan bekas gula-gula Hello Kitty gergasi ke arah mereka, kami maafkan mereka kerana ianya situasi ‘hidup atau mati’.

Dalam satu babak kejar mengejar, kita dapat lihat dengan jelas sekali adanya enam buah motosikal Thruxton R yang telah memecut melewati sebuah kenderaan SUV Cadillac yang mewah sewaktu mereka mengejar Ant-Man dan rakan sampingannya yang telah disahkan kehadirannya dalam filem baru ini, The Wasp.

Filem terbaru daripada Marvel ini dijangka akan ditayangkan pada bulan Julai tahun ini, Buat masa ini, anda boleh mengunjungi mana-mana pengedar Triumph yang sah di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Triumph Thruxton R yang menggiurkan ini, yang mana harganya telah ditetapkan pada RM91,900 (harga asas beserta GST).

Triumph Thruxton R – The Gentlemen Racer is Now in Malaysia – RM91,900

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]