Telah tersebar khabar angin mengenai spesifikasi yang berkaitan dengan motosikal Suzuki Hayabusa 2019. Khabar angin terbesar mengenai motosikal hyperbike terbaru itu adalah mengenai enjin empat silinder 1,440cc baru yang yang menukarnya menjadi sebuah GSX-R1400R. Jentera yang serba baru keseluruhannya ini boleh dijangkakan memandangkan yang Hayabusa akan menyambut ulang tahun ke-20nya pada tahun hadapan.
Author: Zarul Faiz
Motosikal lumba elektrik MotoE World Cup 2019 telah diperkenalkan secara rasmi semalam. Enel telah diumumkan sebagai penaja rasmi bagi siri perlumbaan motosikal eletrik satu buatan ini. Motosikal superbike elektrik perlumbaan Energica Ego ini mampu menghasilkan 147hp dan 200Nm tork maksimum.
Honda Motor Co., Ltd. (Honda Motorcycles Japan) dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal Honda Cross Cub 110 2018. Tambahan terbaru dalam keluarga Super Cub ini telah diperkenalkan bersama dengan saudaranya yang lebih kecil, motosikal Cross Cub 50. Tiada lagi berita mengenai harganya buat masa ini namun motosikal ini akan tersedia untuk pasaran Jepun menjelang penghujung…
Kita telah meliputi tentang bagaimana perkadaran oktana bahanapi memberi kesan pada enjin anda. Kini kita pelajari bagaimana perkadaran oktana bahanapi ditentukan. Sebenarnya, ada pelbagai cara perkadaran yang boleh digunakan tetapi di Malaysia, hanya perkadaran RON yang dipaparkan.
Norton telah mengesahkan yang Josh Brookes akan meneruskan kerjaya perlumbaan jalan rayanya bersama mereka di Isle of Man TT 2018. Pelumba motosikal superbike dari Australia berusia 34 tahun itu akan mengemudi jentera yang cukup terkenal, Norton V4 RR 1,200cc. Perlumbaan Isle of Man TT 2018 akan bermula pada 26 Mei 2018 hingga 8 Jun…
Hong Leong Yamaha telah mengumumkan warna baru bagi skuter Yamaha Ego Avantiz 2018. Harganya kekal pada tahap yang kompetitif dengan RM5,700 (termasuk 6 peratus GST, tidak termasuk cukai dan insurans). Warna-warna barunya itu akan mula tersedia bermula pada minggu ini.
Triumph Motorcycles telah melancarkan motosikal terbaru mereka, Triumph Speed Triple S dan RS 2018. Bahagian enjinnya sahaja telah didatangkan dengan lebih daripada 105 bahagian-bahagian yang baru yang menghasilkan sehingga 148hp dan 117Nm tork maksimum. Model RS didatangkan dengan suspensi Ohlins tercanggih, brek Brembo dan pakej elektronik terbaik Triumph.
Apakah yang dimaksudkan dengan oktana? Adakah bahanapi beroktana lebih tinggi menjaminkan prestasi lebih baik? Apakah hubungkait antara oktana dengan pra-cucuhan?
Boon Siew Honda (BSH) telah mengesahkan bahawa skuter kembara terbaru mereka, Honda X-ADV 2018 akan ditetapkan harganya di bawah paras RM70,000. Berita ini telah disahkan pada hujung minggu lalu (Ahad, 4 Februari 2018), sewaktu pelancaran Pusat Honda BigWing di Setapak, Kuala Lumpur. Rangkaian motosikal Honda Africa Twin bermula dari RM80,000 yang mana ianya berada di…