Honda Cross Cub 110 2018 Dilancarkan Di Jepun!

  • Honda Motor Co., Ltd. (Honda Motorcycles Japan) dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal Honda Cross Cub 110 2018.
  • Tambahan terbaru dalam keluarga Super Cub ini telah diperkenalkan bersama dengan saudaranya yang lebih kecil, motosikal Cross Cub 50.
  • Tiada lagi berita mengenai harganya buat masa ini namun motosikal ini akan tersedia untuk pasaran Jepun menjelang penghujung bulan Februari.

Honda Motor Co., Ltd. (Honda Motorcycle Japan) baru sahaja melancarkan motosikal Honda Cross Cub 110 2018 untuk pasaran tempatan negara mereka. Motosikal Cross Cub 110 serba baru ini telah dilancarkan bersama dengan saudaranya 50cc yang lebih kecil namun tetap sama menariknya, Honda Cross Cub 50 2018.

Diperkenalkan pada lewat tahun lalu sewaktu acara tahunan Tokyo Motor Show, Honda telah merancang bagi menyediakan motosikal ini untuk jualan menjelang hujung bulan ini. Model ini, seperti mana yang dapat anda lihat dengan sendiri, bertumpukan kepada rupa paras yang lebih gasar yang diilhamkan daripada motosikal ‘off-road’. Bukan satu tugas yang mudah untuk dilaksanakan memandangkan yang motosikal Super Cub ini telah pun memperoleh status legenda di kalangan penggemarnya.

Keseluruhan bahagian hadapannya telah dirombak semula dengan menangalkan reraup kaki klasik dan memberikannya tarikan yang lebih tegar dengan fork hadapan dan lampu hadalan LED yang diletak lebih rendah bagi rupa paras yang lebih ‘rough and tough’. Bukannya selalu dapat kita lihat sebuah motosikal kapchai 110cc dilengkapi dengan tayar separa ‘knobby’ yang meliputi roda 17 inci yang mana ia menggambarkan pada kita yang ia mampu menangani situasi ‘off-road’ yang kecil.

Versi 50cc pula lebih kurang sama seperti yang 110 kecuali pada kapasiti enjinnya yang lebih kecil dan roda 14 inci yang dilitupi tayar jalan raya yang biasa. Ini mengandaikan yang motosikal 50cc ini lebih sesuai untuk kegunaan dalam bandar dan pada masa yang sama, mengekalkan daya tarikan ‘rugged’nya yang digemari oleh sesetengah kita. Jika difikirkan lagi, motosikal Cross Cub 50 ini cukup sesuai sekali dalam kawasan yang sesak, dengan jalan raya yang kecil, seperti mana di kebanyakan bandar utama Jepun.

Tiada lagi berita sama tentang harga rasminya pada masa ini, atau pun sama ada ianya akan dijual di luar Jepun. Apa yang pasti, motosikal Cross Cub ini pasti akan menjadi satu tambahan yang menyeronokkan dalam garaj sesiapa pun yang inginkan keseronokan kapasiti kecil yang berkualiti.

Pusat Honda BigWing Pertama Di Malaysia Dilancarkan Di Setapak!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.