Moto2: Hafizh Syahrin Tamatkan GP Republik Czech Dalam Kelompok 10 Terbaik

Hafizh berjaya menambah kutipan mata apabila menamatkan perlumbaan di GP Republik Czech di kedudukan ke-9. Pelumba berusia 26 tahun itu merekodkan aksi mantap ketika sesi kelayakan semalam apabila berjaya menduduki petak ke-4. Bagaimanapun, sebaik perlumbaan dilepaskan hari ini, pelumba Aspar Team itu hilang enam kedudukan untuk menduduki tempat ke-10. Namun, dia kembali memperkemaskan tunggangan untuk…

Kami Ambil Risiko Dengan Tetapan Baharu – Hafizh Syahrin

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin bakal memulakan aksi di GP Republik Czech hari ini di kedudukan ke-4 setelah mempamerkan tunggangan mantap ketika sesi kelayakan. Bagaimanapun, menurut Hafiz mereka telah mengambil risiko dengan melaksanakan tetapan baharu terhadap motosikal tersebut. “Hari ini (semalam) cukup mengujakan. Kami telah melakukan pelbagai perubahan dan melakukan tetapan berlainan. “Di sesi pagi…

Dua Wanita Ditahan Melakukan Aksi ‘Superman’ Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban

Bukan sebagai pembonceng malah dua wanita ini antara enam individu ditahan gara-gara melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi tadi. Keenam-enam individu tersebut yang merangkumi empat lelaki dan dua wanita ditahan menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan sekitar 1.40 pagi tadi oleh pegawai daripada Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Traifk (JSPT)…

MV Agusta Superveloce 800 2020 Dilancarkan Di Eropah- RM98,000!

Awal tahun ini, MV Agusta telah berkongsi beberapa imej Superveloce 800, sportsbike segmen pertengahan dengan enjin 799cc. Kini, pengeluar motosikal premium Itali itu berkongsi spesifikasi dan maklumat terperinci mengenai model tersebut. MV Agusta Superveloce 800 didatangkan dengan nadi sama yang terdapat pada F3 dengan enjin 3-inline yang menghasilkan 148hp pada 13,000rpm dan 88Nm pada 10,600rpm…

SPYSHOT: KTM 250 Adventure Jalani Ujian Di India

KTM mencuri tumpuan apabila memperkenalkan jentera 390 Adventure, awal tahun ini. Jentera tersebut bingkas memperkembangkan segmen bawah 400cc yang sebelum ini hanya menawarkan jentera berkonsepkan naked sport dan touring antaranya menerusi Duke 390 dan Bajaj Dominar D400. Kini, pengeluar motosikal Austria itu – yang mengilangkan jentera bawah 400cc di India hasil kerjasama dengan Bajaj –…

Honda CBR600RR 2021 Akhirnya Didedahkan

Setelah beberapa bulan khabar angin mengenai Honda 600RR, akhirnya pengeluar Jepun itu berkongsi previu jentera tersebut. Pertama kali dicanang oleh Young-Machine tahun lalu, Honda CBR600RR 2021 ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi hujung tahun ini. Bagaimanapun, bagi menarik perhatian orang ramai, Honda telah memuat naik video ‘teaser’ mengenai jentera tersebut. Menerusi video berdurasi 1 minit…

ETCM Panggil Balik 4,001 Unit Nissan Serena S-Hybrid

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama-sama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) telah memanggil semula model Nissan Serena S-Hybrid (CBU) untuk memprogramkan semula unit kawalan Continuosly Variable Transmission (CVT). Menurut kenyataan media hari ini, panggilan semula ini melibatkan 4,001 unit Serena S-Hybrid (CBU) yang dihasilkan di antara September 2012 hingga November 2013….

BMW Malaysia Dengan Kerjasama Allianz Tawar Perkhidmatan Pintu Ke Pintu

Mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan pelanggan, BMW Malaysia menawarkan perkhidmatan dari pintu ke pintu. Menerusi inisiatif ini, wakil BMW akan datang ke rumah untuk mengambil kenderaan dan akan dihantar ke pusat servis rasmi BMW pilihan pelanggan menggunakan trak ‘flatbed’. Kereta tersebut kemudiannya akan dipulangkan kepada pemilik sebaik selesai. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl,…

Isuzu D-Max 1.9 Versi ‘Stealth’ Mendarat Di Malaysia – RM125,799

Kami sememangnya antara peminat Isuzu D-Max 1.9L sejak diperkenalkan tahun lalu jadi sebaik Isuzu mengumumkan previu varian Stealth ini, kami terus bergegas untuk menyaksikan model ini dengan lebih dekat. Meskipun diberi nama ‘Stealth’ yang bermaksud ‘secara sembunyi’ namun tiada apa yang ‘sembunyi’ mengenai varian baru ini sebaliknya D-Max 1.9L ini tampak lebih menonjol. Isuzu D-Max…