Sempadan Thailand Ditutup Hingga 2021

Thailand dijangkakan akan terus menutup sempadan negara itu daripada kunjungan pelancong sehingga 2021. Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Gabenor Badan Pelancongan Thailand (TAT), Chattan Kunjara Na Ayudhya. Menurutnya, kerajaan negara itu belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai pembukaan semula sempadan negara (keluar dan masuk) ketika mesyuarat mingguan Covid-19. “Tiada tanda-tanda daripada kerajaan bahawa kami akan membuka…

Saya Tak Faham Mengapa Jentera Pasukan Satelit Ducati Lebih Laju – Dovizioso

Pelumba Ducati Factory, Andrea Dovizioso meluahkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi jenteranya apabila sekadar menamatkan aksi GP Republik Czech di kedudukan ke-11. Rakan sepasukan, Danilo Petrucci juga mempamerkan tunggangan hambar apabila sekadar mendapat tempat ke-12 di Brno. Bagaimanapun, nasib lebih baik menimpa pelumba pasukan satelit Ducati, Johann Zarco yang mendapat tempat ketiga setelah bermula…

Penjara 3 Bulan, Denda Sehingga RM1,000 Jika Guna Telefon Bimbit Semasa Memandu

Penggunaan telefon bimbit semasa memandu kereta atau menunggang motosikal merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan kompaun RM300. Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Facebook, mana-mana individu yang didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu akan dihadapkan terus ke mahkamah. Ini kerana, bermula 6 Julai 2020, kesalahan di bawah kaedah 17A, LN166/59 telah…

Litar Portimao Tuan Rumah Pusingan Akhir MotoGP 2020

MotoGP mengumumkan Litar Portimao, Portugal menjadi venue pusingan akhir aksi MotoGP musim 2020. Desas-desus mengenai Portugal menjadi tuan rumah pusingan akhir musim 2020 mula bertiup minggu lalu. Perkara itu bagaimanapun disahkan sendiri Presiden FIM, Jorge Viegas yang akan menganjurkan perlumbaan tersebut pada 20 hingga 22 November ini. “Kami dengan bangganya mengumumkan MotoGP akan kembali ke…

SPYSHOT: KTM Bakal Perkenalkan RC 390 2021 Serba Baharu

Ketika pengeluar lain sekadar melaksanakan kemas kini terhadap bahagian enjin bagi mematuhi piawaian Euro 5, KTM menggunakan peluang ini untuk melakukan pembaharuan lebih drastik terhadap model RC 390. Berdasarkan imej intipan yang dimuat naik Motorradmagazin, KTM jelas telah melakukan perubahan ketara terhadap RC 390 ini yang didapati sedang menjalani ujian jalan raya. Rekaan lampu depan…

Garelli Perkenalkan Ciclone E4 – 4kW, 160Nm

Garelli merupakan syarikat motosikal yang ditubuhkan seawal 1919 dan terkenal dengan penghasilkan motosikal bersesaran kecil dan skuter. Bagaimanapun, Garelli terpaksa gulung tikar pada 1987 sebelum dihidupkan semula pada 2019 sebagai pengeluar motosikal elektrik, 100 tahun selepas ditubuhkan. Garelli Ciclone E4 merupakan tawaran baharu daripada syarikat itu yang dikemaskini daripada model sebelumnya. Ciclone E4 menawarkan 4kw…

“Kami Akan Hampiri Podium Dalam Tempoh 3 Tahun”

Demikian kenyataan dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM, Stefan Pierer pada Februari 2017 ketika temu bual bersama Speedweek. Ketika itu, kenyataan berani Pierer itu kelihatan seakan omong kosong tatkala KTM dianggap pasukan lemah di kelas premier MotoGP. Namun, setelah tiga tahun berlalu, kenyataan Pierer itu nyata ada benarnya apabila Brad Binder mendukung Red Bull KTM…

Honda CBF190R Bakal Diperkenalkan Di Pasaran Luar Selain China, Malaysia Tersenarai?

Jika melihat kepada trend masa kini, segmen motosikal 200cc semakin mendapat tempat temasuk di Malaysia. Modenas Pulsar NS200/RS200, KTM Duke/RC 200, GPX Gentleman 200 dan TVS Apache 200 merupakan antara jentera yang popular disini namun sayangnya tiada pengeluar Jepun – Honda dan Yamaha – yang menawarkan model segmen 200cc tersebut. Berbeza kisahnya di China apabila…

MotoGP: Tunggangan Agresif Hadirkan Kemenangan Buat Brad Binder

Brad Binder berjaya merekodkan kemenangan sulung di kelas premier MotoGP selepas mendominasi GP Republik Czech, semalam. Ini merupakan musim sulung Binder di kelas premier bersama pasukan Red Bull KTM namun itu tidak menyekatnya untuk mengetepikan saingan pelumba lain yang lebih berpengalaman. Pelumba Afrika Selatan itu bukan sahaja menghadirkan kemenangan sulung dalam kariernya malah untuk pasukan…