BMW Malaysia Dengan Kerjasama Allianz Tawar Perkhidmatan Pintu Ke Pintu

Mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan pelanggan, BMW Malaysia menawarkan perkhidmatan dari pintu ke pintu.

Menerusi inisiatif ini, wakil BMW akan datang ke rumah untuk mengambil kenderaan dan akan dihantar ke pusat servis rasmi BMW pilihan pelanggan menggunakan trak ‘flatbed’.

Kereta tersebut kemudiannya akan dipulangkan kepada pemilik sebaik selesai.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menyifatkan servis ini sebagai langkah ke depan oleh BMW.

“Perkhidmatan Pintu ke Pintu ini merupakan satu langkah ke hadapan yang lazim bagi kami dalam usaha untuk menawarkan perkhidmatanyang terbaikbuat para pelanggan.

“Perkhidmatan baharu ini bukan sahaja akan meminimumkan sentuhan fizikal antara pelanggan dan wakil pengedar BMW ketika normal baharu ini, malah turut menawarkan kemudahan dengan mengintegrasikan perkhidmatan premium kami ke dalam rutin harian para pelanggan.

“Dengan beradaselangkah di hadapan, kami dapat melangsungkan penawaranpengalaman pemilikan yang terbaik buat pelanggan-pelanggankami, di samping memaksimumkan efisiensi barisan wakil pengedar kam,” jelasnya.

Perkhidmatan baharu ini direalisasikan menerusi kerjasama dengan Allianz Worldwide Partners sekaligus menjaminkan keselamatan semua pihak dengan mengurangkan interaksi di antara pelanggan dan pihak BMW lantas selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini sila KLIK SINI.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]