SPYSHOT: KTM 250 Adventure Jalani Ujian Di India

Advertisements

KTM mencuri tumpuan apabila memperkenalkan jentera 390 Adventure, awal tahun ini.

Jentera tersebut bingkas memperkembangkan segmen bawah 400cc yang sebelum ini hanya menawarkan jentera berkonsepkan naked sport dan touring antaranya menerusi Duke 390 dan Bajaj Dominar D400.

Kini, pengeluar motosikal Austria itu – yang mengilangkan jentera bawah 400cc di India hasil kerjasama dengan Bajaj – kini didapati sedang giat menjalankan ujian terhadap KTM Adventure varian 250cc.

KTM 250 Adventure pastinya akan menarik lebih ramai pembeli tatkala segmen itu menawarkan harga yang lebih mampu milik di samping jenama KTM lebih kukuh berbanding pengeluar lain dalam segmennya.

KTM 250 Adventure ini dijangka mengguna pakai enjin 248.8cc satu silinder yang terdapat pada Duke 250 yang menawarkan sekitar 30hp dan 24Nm.

Difahamkan, model ini juga didatangkan dengan kotak gear 6-kelajuan dengan slipper clutch, dan quickshifter bi-directional serta sistem ABS.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, jelas memaparkan keseluruhan rupa 250 Adventure ini tak tumpah seperti 390 Adventure bagaimanapun dijangka terdapat beberapa perubahan kecil antaranya penggunaan lampu depan halogen berbanding LED sepenuhnya pada varian 390.

Ketika ini, tiada pengesahan sama ada KTM Malaysia akan memperkenalkan 250 Adventure untuk pasaran tempatan tatkala 390 Adventure masih belum diperkenakan di sini. – GaadiWaadi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.