Kami Ambil Risiko Dengan Tetapan Baharu – Hafizh Syahrin

Advertisements

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin bakal memulakan aksi di GP Republik Czech hari ini di kedudukan ke-4 setelah mempamerkan tunggangan mantap ketika sesi kelayakan.

Bagaimanapun, menurut Hafiz mereka telah mengambil risiko dengan melaksanakan tetapan baharu terhadap motosikal tersebut.

“Hari ini (semalam) cukup mengujakan. Kami telah melakukan pelbagai perubahan dan melakukan tetapan berlainan.

“Di sesi pagi kami mendapat keputusan yang baik dan meneruskan momentum itu sehingga ke tengah hari,” jelasnya.

Menurut Hafiz lagi, penting untuk mencatat masa terbaik ketika di peringkat awal kelayakan.

“Di Moto2, penting untuk merekodkan masa terbaik ketika di awal sesi ini kerana masih terdapat kesan tayar MotoGP di litar.

“Kami akan lakukan yang terbaik esok (hari ini) dan elak daripada melakukan sebarang kesilapan,” tambah Hafiz.

Sementara itu, rakan sepasukan Aspar Team, Aron Canet akan memulakan perlumbaan di kedudukan ke-15.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi pelumba negara, Kasma Danial akan memulakan aksi di kedudukan terakhir.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.