ETCM Panggil Balik 4,001 Unit Nissan Serena S-Hybrid

Advertisements

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama-sama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) telah memanggil semula model Nissan Serena S-Hybrid (CBU) untuk memprogramkan semula unit kawalan Continuosly Variable Transmission (CVT).

Menurut kenyataan media hari ini, panggilan semula ini melibatkan 4,001 unit Serena S-Hybrid (CBU) yang dihasilkan di antara September 2012 hingga November 2013.

Bagaimanapun, Serena S-Hybrid versi CKD (pemasangan tempatan) yang dilancarkan di Malaysia pada November 2014 termasuk Serena S-Hybrid (CKD) yang dilancarkan pada Mei 2018 tidak terkesan dengan panggilan semula ini.

Pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat TCEAS, SMS serta WhatsApp dan diminta untuk menghubungi TCEAS untuk membuat janji temu atau hubungi khidmat pelanggan di 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut.

Sementara tu, tiada caj dikenakan kepada pelanggan bagi segala kos upah atau pertukaran alat ganti (sekiranya perlu).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.