Farres Putra Juara FIM MiniGP 2021, Wakili Negara Ke Kejuaraan Dunia Di Valencia

Farres Putra telah pun dinobat juara keseluruhan FIM MiniGP Malaysia Series sekaligus bakal menggalas cabaran negara ke Kejuaraan Dunia yang akan berlangsung di Valencia, Sepanyol, November ini. Pelumba 13 tahun itu bakal ditemani Emil Idzhar dan Farish Hafiy yang menamatkan kejohanan di tempat kedua dan ketiga ke Valencia. Farres muncul juara selepas mengutip 135 mata…

TGR: Pusingan Kedua Vios Challenge Catat 2 Juta Tontonan!

Walaupun tanpa kehadiran penonton ekoran mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat, pusingan kedua Vios Challenge Musim Ke-4 berlangsung meriah dengan dua juta tontonan secara atas talian berjaya dicatat. Aksi kedua pada Ahad berlangsung lebih sengit dan mencabar berbanding hari pertama ekoran hujan lebat melanda Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Bagaimanapun, senario itu memberikan peluang keada pelumba…

Paten Terkini Honda Dedah Projek CBR Fireblade Serba Baharu

Honda tekad kembali memperkuatkan legasi CBR dengan memperkenalkan jentera ‘superbike’ serba baharu berdasarkan paten baharu yang didedahkan, baru-baru ini. Honda CBR sememanngya jentera ikonik dalam segmen ‘superbike’ sejak kali pertama diperkenalkan menerusi CBR900RR Fireblade, 31 tahun yang lalu. Bagaimanapun, dengan kemunculan beberapa jentera baharu dari pesaing lain antaranya Ducati Panigale V4, Aprilia RSV4, Kawasaki ZX-10R…

RASMI: Fabio Quartararo Juara Dunia MotoGP Musim 2021

Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo muncul juara dunia Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2021 setelah menamatkan pusingan di Misano pada kedudukan keempat. #ELD1ABLO ? @FabioQ20 IS YOUR 2021 #MotoGP WORLD CHAMPION! ? pic.twitter.com/NcH0kHpEiE — MotoGP™? (@MotoGP) October 24, 2021 Quartararo sah dinobat juara setelah pencabar terdekat, Francesco Bagnaia kemalangan sewaktu mendahului perlumbaan di Misano…

Motosikal Elektrik Pertama Dari Singapura, Scorpio X1 Dibuka Untuk Pra-Tempahan

Pengeluar motosikal elektrik pertama Singapura, Scorpio Electric telah pun melancarkan X1 secara rasmi, hari ini. Motosikal elektrik itu juga kini telah dibuka untuk para tempahan menerusi laman sesawang www.scorpioelectric.com. Menurut Timbalan CEO Scorpio Elctric, Joshua Goh, pelancaran Scorpio X1 ini menandakan langkah baharu negara itu ke arena mobiliti elektrik. “Scorpio X1 bakal menjadi peneraju utama…

Benelli TRK 702 Didedahkan, Lancar Tidak Lama Lagi

Benelli TRK 502 merupakan motosikal segmen ‘adventure-touring’ yang cukup popular masa kini. Buktinya penjualan TRK 502 di Itali merupakan yang tertinggi di negara itu, mengatasi beberapa jenama terkemuka lain antaranya Ducati. Dalam perkembangan terbaru, Benelli disahkan bakal melancarkan TRK versi 700cc dengan mengguna pakai enjin 693cc parallel-twin selepas rupa jelas model sebenar itu didedahkan baru-baru…

Ducati Jadi Pembekal Rasmi Jentera MotoE Bermula 2023

Pengeluar motosikal Itali, Ducati telah dilantik sebagai pembekal jentera elektrik bagi Piala Dunia MotoE bermula 2023. Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali yang turut ditemani CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta ketika sidang media khas yang berlangsung di Misano World Circuit Marco Simoncelli, semalam. Ini merupakan langkah bersejarah buat kilang Borgo Panigale itu…

RASMI: Binder Sertai Dovizioso Di WithU Yamaha RNF MotoGP Team Kendalian Razlan Razali

Sepang Racing Team (SRT) yang dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Team, telah pun menandatangani perjanjian bersama WithU selaku penaja utama pasukan itu bagi menghadapi saingan MotoGP musim 2022. RNF Racing turut memeterai kerjasama dengan Yamaha Motor Co. sekaligus sah menjadi pasukan satelit rasmi Yamaha bagi kejuaraan dunia MotoGP 2022. Pada masa sama, RNF Racing turut…

Honda NT1100 Dirasmikan – Transmisi DCT, 100hp, 104Nm

Honda dengan rasminya melancarkan NT1100 2022 serba baharu untuk pasaran global. Mengguna pakai platform sedia ada daripada CRF1100L Africa Twin, NT1100 terus mengisi segmen motosikal ‘touring’ dengan ciri dan spesifikasi terkini. Berbanding Africa Twin yang merupakan motosikal adventure, NT1100 menawarkan pengalaman menunggang yang lebih eksekutif dan selesa dan tampil dengan dua kotak gear, manual dan…