HOG PJ Anjurkan “Safe Rider Skills Program”

  • HOG PJ (Harley Owners Group Petaling Jaya) telah menganjurkan “Safe Rider Skills Program” pertama mereka untuk tahun ini.
  • Sekitar 20 orang ahli kelab HOG PJ dan marsyal telah menyertai program ini bagi meningkatkan lagi kemahiran menunggang mereka.
  • Program latihan ini telah diketuai oleh ketua pelatih penunggangan teknikal PDRM Muar, ASP Mohd Hairuddin bin Mohd Raya.

Ahli kelab HOG PJ (Harley Owners Group Petaling Jaya) telah menganjurkan “Safe Rider Skills Program” pertama mereka untuk tahun ini di ibu pejabat Metro Driving Academy di Puchong pada awal hari ini. Azam HOG PJ adalah untuk sentiasa mempertingkatkan kemahiran menunggang para pemilik Harley-Davidson di Malaysia, supaya mereka boleh menawarkan pengalaman menunggang terbaik, dalam keadaan yang selamat dan terkawal.

 

Bagi mengasah kemahiran menunggang seseorang itu, terdapat tiga faktor utama yang memainkan peranan; teori, praktikal,dan latihan. Kira-kira 20 orang pemilik Harley-Davidson dan para marsyal konvoi telah memulakan hari dengan menambah pengetahuan mereka melalui bahagian teori yang telah disampaikan oleh ketua pelatih penunggangan teknikal PDRM Muar, ASP Mohd Hairuddin bin Mohd Raya.

Bahagian teori ini meliputi asas penunggangan seperti pembrekan, menyelekoh, penglihatan, dan lain-lain. Ianya pengetahuan yang amat penting buat para penunggang bagi menyediakan diri untuk penunggangan defensif di atas jalan raya, lebih-lebih lagi bagi para pemilik motosikal Harley-Davidson.

Para peserta kemudiannya telah beralih ke sesi latihan di mana mereka akan menguji teori yang baharu dipelajari. Diadakan dalam persekitaran yang terkawal dan selamat di dalam kompaun Metro Driving Academy, mereka berlatih bagi mempertingkatkan lagi kemahiran menunggang mereka di atas satu laluan berhalang yang direka bagi meningkatkan lagi kemahiran menunggang mereka.

Ianya satu cabaran bagi sesetengah peserta pada mulanya, untuk memandu arah motosikal besar mereka merentasi laluan berkenaan, tetapi, dengan bantuan tenaga pengajar, kami dapat menyaksikan peningkatan ketara pada penghujung hari, di mana mereka berjaya mengendalikan jentera mereka dalam melakukan aksi ‘figure eight’, ‘slalom’, dan bermacam-macam lagi.

Program yang telah dianjurkan oleh HOG PJ ini adalah satu langkah yang amat dialu-alukan dalm komuniti motosikal berkuasa tinggi, bagi mengasah lagi kemahiran menunggang seeorang penunggang itu, terutamanya bagi kemahiran menunggang defensif atas jalan raya bersama dengan pengguna jalan raya yang lain. Ujian sebenarnya akan berlangsung sewaktu konvoi yang akan diadakan esok ke Kuala Klawang di mana mereka akan menguji kemahiran baharu mereka dengan bantuan marsyal HOG PJ yang bertauliah yang akan mengawal konvoi berkenaan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply