‘Mat Salleh’ Jadi Mangsa Rembat Kaliper Brek

Sumber: Facebook

Saban hari ada sahaja kes kecurian kaliper brek dilaporkan sama ada di media massa mahupun di laman sosial.

Bagi mangsa yang terkena, sememangnya ia satu senario yang menyusahkan tetapi bagi seorang pelancong Perancis yang sedang dalam misi merentasi Asia Tenggara menggunakan motosikal, ia bagaikan satu mimpi ngeri.

Sylvain Ratichon Ract kini berada di Pulau Pinang – selepas berkunjung ke Taman Negara Khao Yai, Rayong, Pattaya dan Bangkok – tidak menyangka bakal berdepan masalah di Malaysia selepas pengembaraannya setakat ini berjalan dengan lancar.

Sumber: Facebook

Seperti di laporkan laman Facebook Penang Kini, isu melanda Sylvain menjadi viral apabila dia memohon bantuan mencari kaliper baharu.

Lebih perit, alat ganti yang dikehendaki untuk jentera Yamaha XT660 Tenere miliknya sukar untuk didapati!

Meskipun kecewa namun Sylvain langsung tidak meluahkan rasa marah terhadap pengalaman buruk yang melanda dirinya di Utara tanah air.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.