Distinguished Gentleman’s Ride meliputi motosikal moden retro seperti motosikal Moto Guzzi.
Motosikal Moto Guzzi V7 III Carbon dan V7 III Rough telah dilancarkan sejurus sebelum acara tahun ini.
Para penunggang juga boleh mendapatkan pakaian segak dari Tiga Supply Co. dan Stronghold Cycles untuk acara DGR.
Acara tahunan Distinguished Gentleman’s Ride (DGR) 2018 sudah hampir tiba, yang mana ianya akan berlangsung pada 30 September 2018. Sempena dengan acara ini, Moto Guzzi Malaysia telah bersiap sedia untuk tampil dalam pakaian paling segak mereka.
Distinguished Gentleman’s Ride (DGR) adalah satu inisiatif global tahunan bagi meningkatkan kesedaran terhadap masalah kesihatan yang dihadapi kaum lelaki, di samping memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kebanyakan penunggang motosikal adalah budiman (dan juga wanita budiman). Para peserta digalakkan untuk menderma kepada dana yang menjalankan kajian mengenai masalah kesihatan berkenaan.
Dan sebagai sebahagian daripada tema utamanya, para peserta konvoi ini tampil berpakaian segak, dengan baju sut dan busana formal. Bukan setakat itu sahaja, para peserta juga digalakkan untuk mengenakan pakaian berfesyen klasik.
Semua jenis motosikal dialukan menyertai, namun, DGR lebih dikenali sebagai acara yang menampilkan motosikal vintaj, klasik, moden retro, café racer, serta motosikal buatan khas, selain daripada kenderaan dua roda bermotor buatan sendiri yang lain.
Moto Guzzi bertepatan sekali dengan acara ini, di mana pengeluar dari Itali yang berasal dari Mandello, berhampiran Tasik Como, Itali, merupakan jenama warisan dan klasik dalam Piaggio Group.
Tunggang Uji Moto Guzzi V7 III Stone Dan Moto Guzzi V9 Roamer
Bersempena dengan acara DGR 2018 yang bakal diadakan, Pengarah Urusan Asia Pacific 2Wheeler, Piaggio Asia Pacific, Simone Niccolai tampil berpakaian segak bersama dengan kakitangan pengurusan DIDI Resources Sdn. Bhd., Tiga Supply Co., dan Stronghold Cycles, sewaktu pelancaran model Moto Guzzi V7 III Rough.
Malah, kedua-dua model Moto Guzzi V7 III Rough dan V7 III Carbon telah dilancarkan sejurus sebelum acara ulung ini. V7 III adalah rangkaian tahap permulaan bagi pengeluar dari Itali ini dan ia dihasilkan untuk dikhususkan oleh pemilik. Para pemilik boleh memilih daripada katalog yang ekstensif bagi menepati citarasa masing-masing.
Sila tekan pautan ini untuk maklumat mengenai V7 III Carbon dan sini untuk V7 III Rough.
Tiga Supply Co. membekalkan pilihan terbaik bagi pakaian vintaj, klasik, moden retro, café racer, serta motosikal buatan khas: dari atas kepala hingga ke tapak kaki, selain motosikal vintaj dan retro.
Stronghold Cycles pula adalah wakil pengedar rasmi bagi Moto Guzzi di The Gasket Alley selain motosikal vintaj dan retro, di samping menjual pakaian penunggang vintaj.
Dan yang akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, DIDI Resources Sdn. Bhd. adalah pengedar serta pengimport rasmi motosikal Moto Guzzi di Malaysia.
Jadi, sila kunjungi Moto Guzzi Malaysia, Tiga Supply Co., dan Stronghold Cycles di The Gasket Alley di Petaling Jaya dalam persiapan anda untuk acara Distinguished Gentleman’s Ride 2018!